Thursday 13 December 2012

UKHUWAH KERANA ALLAH


SEBARKANLAH SALAM




r      عن عبد الله بن عمرو رضي االه عنهما : أن رجلا سأل النبي
أي الإسلام خير ؟ 
قال : ( تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف ) 
  
Terjemahan :

Daripada Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Amr Radiyallah ‘Anhuma bahawasanya seorang lelaki bertanya
 kepada Nabi r . “ Apakah akhlak Islam yang terbaik?”. Rasulullah  r menjawab :

“ Kamu memberikan makanan dan kamu memberikan salam kepada orang yang telah kamu kenali dan kepada orang yang kamu tidak kenali.”

Keterangan Hadith :


Hadith ini menceritakan kepada kita kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bertanya kepada Nabi s.a.w. berkenaan dengan perbuatan yang paling terbaik yang perlu untuk dilaksanakan oleh beliau. Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan ini dengan menyatakan bahawa perbuatan yang terbaik adalah memberikan makanan kepada manusia dan memberikan salam kepada manusia sama ada orang yang diberikan salam tersebut dikenali ataupun tidak dikenali.

Hadith ini sangat jelas menunjukkan bahawa orang Islam sepatutnya sentiasa menjalinkan hubungan yang baik sesame manusia dengan membantu mereka yang susah di samping merapatkan hubungan persaudaraan Islam dengan memberikan salam kepada orang kita telahpun kenali mahupun kepada individu yang kita tidak kenali. Ini akan merapatkan lagi silaturrahim sesame manusia.

Pengajaran hadith :

1. Ada banyak hadith yang menunjukkan bahwa Rasulullah s.a.w menajawab persoalan berkenaan dengan amalan yang paling baik. Walau bagaimanapun jawapan yang diberikan oleh Rasullulah s.a.w adalah berbeza-beza antara satu sama lain.

2. Ramai di kalangan orang Islam yang jarang ingin mengambil tahu berkenaan dengan keadaan orang yang hidup susah. Mereka rela untuk menghabiskan wang yang ada untuk kepentingan peribadi da bermewah-mewah sedangkan ada oang miskin yang terseksa disebabkan kelaparan dan ketidakcukupan wang.

Ada dikalangan non muslim yang memeluk Islam dan rela ditekan oleh keluarga asal mereka. Namun kesengsaraan mereka dalam mempertahankan aqidah Islam tidak diambil peduli oleh masyarakat melayu Islam khususnya.

Sewajibnya sikap warga muslim yang tidak mengambil berat terhadap kesengsaraan orang lain perlu diubah kerana wang dan harta yang dibazirkan untuk kepentingan peribadi tidak akan kekal sebaliknya wang yang digunakan untuk membantu orang yang susah dari kalangan orang Islam, saudara baru bahkan dari kalangan non muslim akan kekal di sisi Allah Taala.

3. Lafaz salam yang diajarkan oelh Rasulullah s.a.w adalah dengan menggunakan lafaz yang berbunyi : السلام عليكم   . Walaupun begitu. kita juga boleh menggunakan lafaz
عليكم  سلام . Cuma memberikan salam dengan lafaz yang pertama adalah lebih afdal kerana ia adalah lafaz salam semasa kita berada di dunia ini sedangkan lafaz salam yang kedua adalah lafaz salam di syurga Allah Taala nanti seperti mana yang ada dalam firman Allah Taala dalam surah al-


Ra’d ayat 24 yang berbunyi :

íN»n=y /ä3øn=tæ $yJÎ/ ÷Län÷Žy9|¹ 4 zN÷èÏYsù Ót<ø)ãã Í#¤$!$# ÇËÍÈ  


"Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. maka amatlah baiknya 

balasan amal kamu di dunia dahulu.


Pun begitu, lafaz salam yang paling sempurna adalah :

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


4.  Rasulullah  s.a.w meminta umat Islam agar memberikan salam kepada mana-mana individu yang ditemui sama ada orang yang tidak ditemui itu dikenali ataupun tidak. Apabila seseorang itu sanggup menyampaikan salam kepada mana-mana individu musli yang tidak dikenalinya, ini adalah satu bukti bahawa salam yang disampaikannya adalah semata-mata mengaharapkan keredhaan Allah Taala semata-mata, dan orang yang menyampaikan salam tersebut telahpun mempraktikkan sikap tawadu’ dan merendah diri sesame muslim. 


5. Hadith ini jelas menunjukkan bahawa manusia seluruhnya sama ada muslim atau non muslim perlu untuk hidup secara harmoni. Konsep sayang-menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain sangat jelas terpampang di dalam kalam Rasulullah s.a.w ini. Oleh itu sikap yang membawa kepada permusuhan adalah sikap yang tidak patut wujud dalam masyarakat muslim. Islam adalah rahmat kepada manusia dan kepada alam seluruhnya.



BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Setiap muslim yang mukallaf wajib beriman dengan kewujudan malaikat. beirman dengan malaikat termasuk dalam salah satu rukun iman yang enam. Sesiapa yang mengingkari kewujudan malaikat maka batallah imannya. 

Firman Allah Taala : 


Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".

                                                                                                                                                                   (surah al-Baqarah :285 )

Anatara sifat Malaikat ialah :

1. Tidak mempunyai jantina lelaki atau perempuan 
2. Tidak berkahwin dan tidak berketurunan
3. Tidak makan dan tidak minum
4. Tidak tidur
5. Tidak dapat dikesan oleh pancaindera
6. Sentiasa beribadat dan mentaati Allah


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang para malaikat nama-namanya, tugas-tugasnya, jom kita sama-sama tengok link di bawah 






ALLAH ITU PEMURAH




Alhamdulillah...hingga saat ini, kita masih diberi kesempatan untuk menulis, untuk membaca..masih diberi kesempatan untuk melakukan apa sahaja yang kita inginkan..rezeki yang Allah kurniakan kepada kita terlalu banyak..sebenarnya nikmat yang diberikan oleh Allah kepada manusia itu tidaklah terhitung banyaknya..Sehingga Allah menegaskan dalam al-Quran "jika kamu ingin menghitung nikmat-nikmat yang aku berikan, maka kamu tidak akan terhitung"..

Sebenarnya apa yang kita syukuri..?Apabila kita mengenal nikmat Allah itu, kita akan menjadi kaya dalam batin..kita tidak akan jadi murung dalam hidup..sejak dari matahari yang terbit, diwaktu pagi...terbenam di waktu senja, lalu berganti dengan malam..Apabila malam datang, bintang-bintang berkelapan..itupun sudah kita syukuri jika kita mengenal Dia..di atas bumi sendiri pun, kayu-kayu yang menghijau, buah-buah yang ranum masaknya..ikan di laut..deburan pasir..dan segala apa sahaja yang ada..yang tidak terungkap untuk dituliskan..menjadi peringatan kepada kita, bagaimana besarnya nikmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya..
Allah Bersifat Ar-Rahman

Kesemuanya itu tidaklah lain menunjukkan bahawa Allah itu bersifat Maha Pemurah. Allah bersifat memberi..Dia memberi tanpa kta meminta..Itulah sifah Pencipta kita yang jarang sekali ada pada makhluk...



Bukti Allah Bersifat Ar-Rahman

Seluruh alam ciptaan Allah seperti bumi dan langit, matahari dan bulan, siang dan malam, binatang dan tumbuh-tumbuhan serta diri kita sendiri..menunjukkan bukti yang nyata bahawa Allah itu bersifat Maha Pemurah 

Allah berfirman yang bermaksud :

   Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah, Bagaimana ia menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanaman-tanaman Yang menghijau subur). Sesungguhnya Allah Yang demikian kekuasaanNya, sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang 
Yang telah mati. dan (ingatlah) ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

(surah Ar-Rum :50)

Perbezaan Antara pemurah Allah dengan pemurah manusia

Sifat pemurah Allah

1. Tiada batasan kekayaan Allah
2. Diberikan kepada semua hambaNya mukmin atau kafir seperti kesihatan dan kekayaan
3. Memberi tanpa mendapat manfaat
4. Merangkumi kebaikan dunia & akhirat

Sifat pemurah manusia

1. Terbatas kerana manusia tidak memiliki kekayaan yang multlak
2. Diberikan kepada orang yang tertentu mengikut kemampuan yang ada
3. Melakukan sesuatu untuk mendapat manfaat
4. Hanya terbatas untuk kebaikan di dunia

Begitulah sifat Allah yang Ar-Rahman..Allah bukan sahaja Maha Pemurah..Allah juga Maha Penyayang..memberi tanpa mengharapkan apa-apa dari hambaNya..memberi tanpa kita meminta..Jadi apa kata, marilah kita sama-sama mensyukuri pemberian nikmat yang ada ini..Pandanglah ke langit lalu ingatlah Allah yang bersifat Pemberi..Insya-Allah hati kita lebih   bersyukur dan menjadi tenang, malah ilmu, rezeki dan lain-lain lagi akan bertambah luas..moga-moga kita dimurahkan rezeki..Amin.



Wednesday 12 December 2012

KULLU NAFSIN..


TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT




Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi… samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.

Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian – ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.

Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan – anak-anak, cita-cita dan harapan – tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir. 

Namun, kita sering terlupa bahawa satu hari kita pasti pergi meninggalkan segalanya yang ada dimuka bumi..samada kita membawa segunung pahala..atapun selautan dosa..renungkanlah..

Orang Bertaqwa....

Orang bertaqwa ialah orang yang melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya...Terdapat banyak sifat orang yang bertaqwa yang dijelaskan dalam al-Quran..Antaranya 

1. Membelanjakan harta di jalan Allah
2. Mengawal diri ketika marah
3. Memaafkan kesalahan orang lain

Segera Bertaubat Apabila Melakukan Dosa

Sifat orang yang bertaqwa sering menginsafi diri dan memperbaiki apabila mereka terlanjur melakukan perkara yang mendatangakn dosa pada diri...


Cara bertaubat & beristighfar..

Antara perkara yang mencetuskan rasa insaf dan ingin bertaubat ialah Berzikir pada Allah..Berzikir kepada Allah ialah mengingati Allah di dalam hati dan menyebut namaNya dengan lidah..Ini dapat melembutkan hati sehingga boleh menitiskan air mata.

Islam telah menggariskan cara bertaubat :

1. Niat

-menyesal atas perbuatan yang dilakukan 
- berazam tidak akan mengulangi dosa yang dilakukan

2. Ucapan

- Beristighfar dengan menyebut nama Allah
- Memohon maaf atas kesalahan terhadap manusia

3. Tindakan 

- meninggalkan perbuatan dosa yang pernah dilakukan 
- mengembalikan hak orang lain yang diambil 
- meningkatkan amalan soleh dan kebaikan



jom layan lagu dulu..



wallahu 'alam....

Monday 10 December 2012

IBADAH ITU MUDAH

Jamak Takdim dan Takhir..

Allah s.w.t itu tidak membebani hamba-Nya walaupun ketika bermusafir..Dia menganugerahkan keringanan dalam beribadah dengan mengurniakan rukhsah dalam solat..Jom kita sambung perbincangan kita tentang solat Jamak Takdim dan  Jamak Takhir...

Apa yang di maksudkan dengan solat Jamak Takdim dan Takhir..? kita lihat perbualan di bawah untuk lebih memahami..



Syarat-syarat Solat Qasar & Jamak

Jamak Takdim : 

a. Dimulakan dengan solat yang waktunya terdahulu iaitu zuhur dan maghrib
b. Berniat jamak dalam solat yang pertama
c. Muwalah ( berturut-turut ) kedua-dua solat tersebut
d. Perjalanan masih berterusan sehingga masuk ke solat kedua

Jamak Takhir :

a. Berniat akan melakukan jamak takhir semasa dalam solat pertama (zuhur/maghrib )
b. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat didirikan 


Syarat Solat Qasar

a. Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal
b. Tidak niat bermukim melebihi empat hari tidak termasuk perjalanan pergi dan balik
c. Tidak berimamkan kepada imam yang sempurna rakaatnya
d. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat qasar



Niat Jamak Taqdim dan Qasar :

i. Solat Zohor dan Asar.

Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala

Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut:

Sengaja aku solat fardu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii. Solat Maghrib dan Isya'

Sengaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala

Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengan niat jamak taqdim zohor-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :

Sengaja aku solat fardu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Niat Jamak Takhir dan Qasar:

i. Solat Zohor dan Asar

Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii. Solat Maghrib dan Isya'

Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat dijamakkan dengan isya' tunai kerana Allah Taala.

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Azan & Iqamah bagi Solat Jamak Qasar

Bila ingin mengerjakan jamak dan qasar, jika ingin azan, maka azannya cukup satu kali saja dan iqamahnya dua kali. Caranya, mula-mula azan, lalu iqamah dan solat. Bila telah selesai ia iqamah sekali lagi untuk solat berikutnya.



wallahu'alam....



MUDAH DENGAN RUKHSAH



Dalam hidup ini, siapa pun tidak pernah lari dari masalah.. Bahkan hidup ini telah diumpamakan oleh sesetengah ahli falsafah sebagai “tempat untuk menyelesaikan masalah”. Justeru, apabila berdepan dengan masalah, segeralah dapatkan kekuatan, kebijaksanaan dan kesabaran untuk menyelesaikannya. Bagaimana? Ya, dengan mengadu kepada Allah yang “memberi” masalah itu!

Allah berfirman ..

$ygƒr'¯»tƒ z`ƒÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qãYÏètGó$# ÎŽö9¢Á9$$Î/ Ío4qn=¢Á9$#ur 4 ¨bÎ) ©!$# yìtB tûïÎŽÉ9»¢Á9$# ÇÊÎÌÈ  


Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar


Ketika itu, jangan hanya dilihat “sebab” tetapi lihatlah pada “penyebab” segala sebab. Insya-Allah, jika kita mengadu dan merayu kepada Allah, Allah pasti akan mendengar dan memberi jalan penyelesaiannya.

Sama ada semua masalah kita akan diselesaikan-Nya ataupun Allah akan menjadikan hati kita tabah dan gagah untuk menghadapinya. Dengan kekuatan itu kita tidak akan terus mengutuk kegelapan, tetapi kita akan terus berusaha mencari cahaya. Kita tidak akan berterusan mengharapkan ikan, tetapi kita akan berusaha sedaya upaya memiliki jorannya!

Tidak hairanlah solat adalah ibadah yang paling penting dan akan ditanya pada ‘Yaumul Ziham’. Ia wajib dilaksanakan mengikut waktu dan cara tertentu..Namun kerana sifat ‘Ar-Rahman’ Allah maka diberikan keringanan kepada hambanya apabila musafir..

 Sabda baginda Nabi S.A.W


إِنَّ اللهَ يحُِبُ أَن تُؤْتَى رُخْصُهُ كَماَ يَكْرَهُ أَن تُؤْتَى مَعْصِيَتُهُ
Maksudnya :

Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan oleh-Nya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepada-Nya (riwayat Ahmad )


Rukhsah solat yang dimaksudkan ialah kemudahan atau keringanan yang diberikan kepada orang yang bermusafir untuk melaksanakan solat dengan cara QASAR dan JAMAK..Seseorang yang bermusafir kesesuatu tempat yang jauh di HARUSkan menunaikan solat fardu secara qasar dan jamak atau kedua-duanya.



Jamak dari segi bahasa bermaksud "himpun" atau "kumpul". dari segi istilah syara' bermaksud menghimpunkan dua solat fardu dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu.

Qasar pula dari segi bahasa bermaksud pendek dan ringkas. Dari segi istilah syara', memendekkan solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat.

Syarat-syarat perjalanan yang di haruskan qasar dan jamak:

1) Tidak bertujuan melakukan maksiat
2) Destinasi yang dituju melebihi 2 marhalah (90 km)
3) Mengetahui destinasi yang dituju


Jadi sebelum dibincang lebih lanjut..marilah kita sama-sama menjaga solat kita agar kelak dimudahkan di alam 'sana'..

Ingatlah, apabila Rasulullah s.a.w. menyuruh Sayidina Bilal r.a. mengumandangkan azan, Baginda akan berkata: “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat.” (Riwayat Ahmad)

sambung....

p/s : setiap hari sebelum tido mesti publish kan..14 hb nak kene bentangkan...go go..