Cerpen Lepas 2


SENJA DI ISTANBUL


Ontario, London
Jun,1999

Kekaguman menyusup dalam bayang-bayang hati. Matanya terus bergerak menuju ke atas bumbung. Dilihatnya sebuah kubah bangunan yang  mampu memukau pandangan matanya. Ukirannya cukup berseni, halus dan indah. Namun dia tidak mengerti apakah tulisan itu. Hatta dia tidak faham suatu apa pun..aneh..dia suka dan gembira. Dengan alunan sebuah lagu yang tidak pasti mana datangnya. Terus sahaja menikam sukma lelakinya yang gundah.
Dan senja merah telah menebar suatu perasaan tenang apabila pendangan singgah dalam bangunan itu. Dia mahu berlama di situ..namun dia sudah terjaga..

“aku tidak tahu maria,apa petanda mimpi itu”
”mirip gerejakah bangunan itu Noland?”
”tidak..aku tidak tahu bangunan apa yang aku mimpikan.namun saat itu, aku berasa tenang maria. Kalau lah benar bangunan itu wujud..”
”ya, mungkin kau akan ke sana atas urusan kerja..itu petandanya..he..he..he” maria berlalu sambil membancuh kopi di pantri. Baginya setiap manusia punya mimpi yang unik dan tidak sama.
”mungkin..atau harus kau bersedia untuk berita akan datang Maria, mungkin kau yang akan ke sana” aku tersenyum nipis dan mengatur langkah meninggalkan maria keseorangan. Maria meneriak memanggilku
”hey, noland, tidak mahu kopi kah?”
Aku terus berjalan kehadapan dengan membuat isyarat tidak padanya. Sebenarnya, aku mengharap mimpi itu akan singgah dalam tidurku semula..berharap..


Musim bunga di London cukup mengujakan. Namun tuntutan tugas sebagai wartawan berita tidak memungkinkan aku untuk terus memerap di pejabat . aku baru sahaja pulang dari barat amerika, New Orlando membuat liputan berita mengenai mangsa taufan disana. Petang khamis itu aku nikmati dengan menulis laporan berita gempa bumi di sana. Hanya berbaki sedikit tugasku. Kemudian berita akan dihantar ke jabatan editorial secepat mungkin. Ah, tarikh tempoh sudah makin hampir untuk aku menghantar laporan.Pantas masa meninggalkanku.  Aku menghirup secawan kopi yang aku kirim dari maria dari Starbuck. Maria yang degil dan kuat bekerja itu kadangkala membuatku lucu apabila mengenang keletahnya. Aku ketawa sendirian. Dia merupakan sahabat paling aku percayai, bertugas di bawah satu bumbung denganku di jabatan berita london, IfPress. Tiba-tiba telefon berdering

”Noland, kau harus lihat berita di channel 3 sekarang!”-klik
Lalu terus gagangnya diletak. Aku menggeleng kepala sambil mengukir senyum sendiri. maria oh maria. Sepantas itu juga aku menekan papan kekunci terus ke channel 3. berita apa agaknya yang maria ingin sampaikan?

Aku terkesima. Oh, dokumentari Big Brother. Sebuah gempa bumi yang dahsyat bakal berlaku di Amerika Syarikat. Khabarnya titik sesaran itu benar-benar terlatak disepanjang longitud Los Angeles! Berita menarik buatku. Terima kasih maria! Laporan ini semestinya berguna untuk kolum berita ku nanti

Segera aku mendail nombor telefon bimbit maria.
”maria, aku rasa perlu untuk aku menghabiskan wangku untuk kau di restoran Big City malam ini. kredit untuk kau atas maklumat berita penting itu!”
Maria ketawa senang hati mendengar ajakanku.
”wow, aku suka tawaran itu noland.he..he..he..yang pasti aku akan memberi maklumat paling baik buat kau nanti..supaya wang mu itu nanti akan disalur pada pemilik restoren mahal-mahal disini”
”aku harap doamu tidak akan dimakbulkan” berdesis lagi kami berkongsi tawa
”ya, jumpa malam ini, Noland. Aku harus mengejar tarikh tamat tempoh yang telah diberi oleh budak botak, majikan mu..he..he..he”
”hey, budak botak itu juga yang membayar gajimu.jumpa malam ini” senyumku masih bersisa lagi sehinggakan tetikus ku jatuh di tepi meja. Aku tunduk sambil memandang jendela,senja merah di kota London ternyata mengingatkan aku tentang bangunan itu! Oh Tuhan, aku masih berasa kosong saat ini.

Istanbul.
Ogos, 17, 1999

Sejurus maklumat gegaran yang disahkan dari jabatan geologi turki, aku terus mendapatkan tiket penerbangan ke turki bersama maria untuk membuat liputan berita tersebut. Kami mengambil penerbangan dua hala dan mendarat di Lapangan Terbang Ankara. Kami tidak boleh mendarat di Lapangan Terbang Attartuck,Istanbul atas sebab-sebab keselamatan. Gempa itu terjadi di garis pusat epi yang dinamakan North Anatolian Fault Zone.  Penerbangan yang mengambil masa selama 10 jam itu membuat aku teruja. Entah..Tidak tahu mengapa. Sedangkan ini bukanlah pertama kali aku membuat liputan berita mengenai bencana. Padahal aku telah melihat pelbagai bencana yang memusnahkan. Oh Jesus, selamatkan kami dari bencana yang dahsyat!
”Maria, aku benar-benar gembira apabila Si budak botak, Encik Hudson menugaskan aku kesini”
Maria memandangku dengan padangan ganjil. Dia bertanya kenapa
”aku tidak tahu” jawabku ringkas sambil menatap mata maria.
”ah, aku tahu, kau seperti terasa dekat dengan bangunan yang kau mimpikan ya?”
Aku mengangkat kening, tanda setuju.
”ya, kau memang calon isteri terhebat pernah aku temui” Pramugari Turkish Airlines yang sedang bertugas menghidang makanan tiba-tiba tersenyum apabila mendengar perbualanku dengan Maria.
Maria menampar bahuku dan tertawa malu.
”kau tahu mengapa maria? Kerana kau selalu dapat membaca isi hatiku.” ujarku sambil tersenyum. Aku tahu dia lucu dengan kenyataanku. Mungkin engkau calon paling sesuai maria! Sayangnya ia hanya bergema dalam hati aku yang kosong ini.
”sudah, tumpukan perhatianmu pada bencana di Izmit, ini Noland, hentikan perkara mengarut itu” jawabnya kembali serius. Aku hanya tersenyum. Cukuplah kalau engkau sudah berada disisiku, Maria. Aku sudah merasa bahagia.


Kapal terbang mendarat dengan sempurna di landasan Lapangan Terbang Ankara pas sebagai seorang wartawan untuk tugas di Istanbul memberi kami kelebihan tersendiri. Sebuah helikopter akan mengambil kami untuk tujuan dan objektif yang sama. Merakam bencana dan takziah agar semua rakyat london boleh mendengar berita Terbaik dari IfPress. Ini kali pertama aku menjejakkan kaki di Turki. Ia merupakan sebuah negara sekular yang memisahkan agama dan pentadbiran politiknya. Sama seperti di London. Menurut sumber, pemerintah yang membawa kemajuan di Turki pada tahun 1906 ialah Kamal Atartuk sehingga Turki terpisah dengan gelaran Turki Barat dan Turki Asia.
Pantas Kami bergegas menuju bandar Golcuk yang terletak di barat daya turki dekat dengan istanbul. Seakan sebuah pulau yang terpisah antara laut Marmara dan Laut Hitam. terdapat jambatan sepanjang satu kilometer merentasi laut marmara dari Turki.Bertemu dengan beberapa rakan seperjuangan menggembiranku tentunya. Namun penat yang masih belum hilang ini membuat kami berdiam lebih dari berbicara. Maria juga kelihatan penat dan gelisah.
”kau letih maria?”
Maria senyum nipis.
”tidak, kau malah ada untuk membantuku!” ada kembali menebar pandangan ke bawah pandangan. Cukup sayu melihat bangunan seakan berserakan, rapuh dan lemah disebabkan gegaran pada 7.4 skala ritcher. Angkanya kelihatan kecil, namun gegarannya cukup untuk meruntuhkan bangunan besar yang gah. tiba-tiba Aku terpempan, melihat suatu bangunan yang gah tersergam dikelilingi sebuah menara. Yang lain semuanya musnah dan menjadi debu.
”Itu apa maria?” aku tudingkan jari. Sedangkan aku tahu jawapannya..  
”masjid Golcuk, rumah ibadat penganut agama islam.” jawabnya endah tidak endah. Aku semakin mengerti bahawa mimpi itu benar belaka. Ya itu masjid, rumah ibadat penganut agama islam. Aku tidak pernah mahu tahu tentang itu sehinggalah aku merasa dejavu ini berlaku ke atas diriku.


Kami mendapatkan maklumat dari KOERI, sebuah institut yang bertanggungjawab terhadap maklumat gempa yang berlaku di Turki. Aku lihat Maria lantas menekan papan kekunci  komputer ribanya untuk menaip sesuatu.
”Sumber dari Kandilli Observatory Earthquake& Engineering Institute (KOERI),  Bumi attartuk digegarkan dengan gegaran pada magnitud 6.7 bersamaan dengan 7.4 skala Ritcher pada jam 3.01 pagi waktu tempatan. Gegaran yang  berlangsung selama 37 saat itu telah menyebabkan beribu-ribu orang kehilangan rumah dan nyawa. Gempa itu terjadi di atas garis pusat api yang dinamakan North Anatolian Fault Zone yang terletak tepat di bawah Golcuk. Oleh yang demikian gegaran itu menyebabkan kemusnahan kota Golcuk malah merebak sepanjang  71  km ke Istanbul. sumber juga mengesahkan bahawa garis sesaran itu juga menyebabkan geseran antara seismik ke kawasan adapazari, Timur Turki. Gempa ini merupakan gempa bumi terburuk pernah direkodkan oleh Turki.”
Anak panah tetikus dihala ke butang ”hantar”. Sejurus itu, berita sudah sampai ke Ifpress, ontario, London..

”Maria, kau sudah siapkan laporan untuk dihantar pada Hudson?” aku mengambil kesempatan berbual dengannya usai membuat liputan mengenai bencana gegaran di turki.
”sudah,malah aku sudah menghantarnya melalui emel”ucap maria sambil membetulkan rambutnya yang jatuh di dahi.
”bagus, aku sudah mendengar berita dari urusetia, jadual penerbangan kita terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab keselamatan”
”benarkah?”
”ya, nampaknya kita harus tinggal disini beberapa hari lagi. Sebentar tadi, aku sudah mendapatkan maklumat mengenai jumlah korban gempa bumi ini dari jabatan berkenaan. Setakat ini angka kematian semakin meningkat”

”Oh tuhan, tidak hairanlah apabila aku mendapat tahu skala gegaran dari ahli seismologi turki tadi di KOERI, aku sudah dapat mengagak bilangan korban. 7.4 skala ritcher noland! Ia angka yang menakutkan!”

”aku tahu. Bilangan mangsa setakat ini 6000 orang, kita pasti akan dapat angka terakhir korban sebelum berlepas ke london untuk berita terkini” maria mengangguk lemah dengan wajah yang mendung. Aku hairan dengan perubahan ke atas maria.

”mari maria, kau pulang ke hotel dahulu. Kau kelihatan letih.biar aku sahaja ke balai berita turki malam ini”
”tidak, ini kerja kita bersama. Aku juga perlu ke sana”
maria tidak mahu. dia berkeras untuk sama menyertaiku mengemaskini laporan berita. rasa kasihanku mengatasi kemahuannya. Maria akhirnya akur..Ketika ini aku tidak tahu,rupanya itulah kali terakhir aku melihat wanita yang aku cintai dalam diam..

Sejurus sahaja aku pulang dari balai berita turki, aku bergegas ke hotel yang kami tumpangi. Aku tidak fikirkan apa-apa lagi sebaik sahaja aku tahu runtuhan hotel yang kami diami itu runtuh. Aku hanya memikirkan maria.! ”Oh jesus, selamatkanlah Maria!”
Air mataku jatuh dan teresak-esak seperti anak kecil di tengah-tengah himpunan manusia yang cuba menyelamatkan mangsa. Punah. Ranap. Itu sahaja yang aku lihat. Aku tidak melihat maria lagi. Aku bersalah maria! Aku bersalah!

Berita kematian maria mengejutkan warga ifpress tentunya. Bagi mereka, kehilangan maria bermakna kehilangan seorang kakitangan yang begitu berdedikasi dan cemerlang. Namun bagiku, ia sebuah kehilangan yang cukup besar. Aku kehilangan separuh dari jiwaku.. dan aku menangis lagi di hadapan laut marmara dalam malam pekat.

Ogos 15, 2000


Hampir setahun peristiwa yang menggugah perasaanku itu berlalu. Setiap saat peristiwa itu bukan mudah untuk aku lupakan. Separuh jiwaku pergi dalam runtuhan bangunan di Izmit, kota Golcuk. Ketika kali terakhir kakiku melangkah keluar dari lapangan terbang Ankara, bilangan angka korban sudah pun mencecah 17,000 orang. Dan itu termasuklah Maria!

Sekian lama aku mengumpul kekuatan untuk bangkit kembali. Aku merenung foto maria yang aku simpan rapi dalam albumku. Mengapa jesus begitu kejam? Mengapa jesus begitu kejam mengambil nyawa maria ketika aku belum pun dapat mengungkap rasa hati yang berbunga? Lewat dari mimpi-mimpiku, aku lazim mendapat mimpi yang sama aku ceritakan pada mendiang Maria. Aku ingin ke sana semula. Sebulan yang lalu, aku sudah menempah tiket ke istanbul. aku juga sudah bersiaga memohon cuti sebulan yang lalu.

Ku bulatkan hati, membuang segala sedih yang bersarang. Aku kira kakiku sudah gagah melangkah ke tempat bersemadinya jasad Maria. Barat turki yang hancur, sehancur jiwaku ketika membawa hati yang menangis ke London semula. sehingga kini aku menyalahkan diriku atas kematian Maria. Namun hari ini, aku mengubah fikiran..

Istanbul, 2001

Negara sekular ini menggunakan matawang Lira. Aku membeli sebuah peta Turki dari sebuah gedung berhampiran hotel tempatku menginap. Hari pertama, aku melawat tempat bersemadinya jasad Maria di barat turki,Izmit. Ketika membuat liputan di sana 2 tahun lalu, aku tidak punya kesempatan pun menikmati keindahan turki. Aku sedar negara liberal ini mempertembungkan dua nilai yang berbeza,satu dari arah barat dan satu dari arah timur. Bahkan, majalah2 lucah boleh sahaja kita dapati di sepanjang lorong berdekatan pusat pelancongan. Aku tidak berminat hal tersebut.  Ada juga rakan sekerjaku mengusik.
”hey noland, jangan lupa singgah di izmir, menikmati  hari kau di sana”
Aku hanya tersenyum. Tahu bahawa izmir yang dimaksudkan adalah pantai yang memberi peluang-peluang mereka yang datang untuk mempamer seluruh susuk tubuh.
Aku Cuma mahu mahu menziarahi jasad Maria yang bersemadi di balik runtuhan Hotel Tashkonak. Dan aku mahu mencari sesuatu dalam Turki. Bahkan ada yang mentertawakan aku.
”Turki tidak ada bezanya dengan eropah, Noland. Kau boleh melihat liberalisasi itu di dukung dalam praktis harian mereka. Malah kau juga mendapati, ia sama halnya dengan Perancis yang menghalang wanita2 menutup rambutnya. Tidak ada kelainan”

”ya, Turki juga harus berterima kasih pada Kamal attartuk yang membawa revolusi Turki moden.Ia mengubah semua tatacara Islam selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyah. Jika engkau perhatikan, tarikh kematian dan kelahiran Attartuk ,Turki memberi cuti kepada rakyatnya. aku tidak melihat kelainan yang engkau maksudkan Noland”

Ya, semua suara-suara itu aku sudah mendengarnya secara saksama. Ia tidak langsung mengubah pendirianku, kalian. Aku cuma mahu mencari sesuatu selepas keberadaanku di sini 2 tahun yang lalu. Mungkin bukan di Izmit..Mungkin aku juga harus berubah angin ke Eyup, Konya, Diyarbakir, Aksehir hatta Erzurum, Trabzon atau Van untuk mencari ketenangan. Aku hanya mahu berjalan..melihat khazanah tinggalan manusia..

Istanbul

Ia seolah-olah sebuah kembara mencari Tuhan. Aku temukan sebuah nilai peradaban konservatif penuh kemuliaan. aku meihat banyaknya binaan rumah ibadat untuk penganut agama Islam di sini. Saat corong-corong menara melagukan sebuah panggilan yang aku tidak pasti apakah namanya, mereka akan datang berbondong-bondong. Diriku sekadar  memerhati.  Tidak lagi aku ketemukan pertembungan dua nilai timur dan barat di sini. Cuma satu..panggilan corong-corong itu adalah dejavu kepadaku.

Kios yang membakar daging kambing panggang mengujakan pandangan, aromanya menyebabkan sarafku merangsang rasa lapar dari perut. Aku mendekati kios. Terus ku angkat satu jari telunjukku. Mengisyaratkan kepada peniaga kios bahawa aku ingin membeli satu kebabnya. Berdiri di sebelahku, seorang pemuda warga turki. Saat kami berpandangan, dia tersenyum melihatku. Mungkin dengan niat yang sama
”8 Lira” ucap peniaga tersebut. Saat aku menyeluk saku , aku dapati ia kempis. Dompetku hilang! Aku menjadi tidak keruan, memunggah semua barang-barang dalam beg.
”tidak mengapa saudara, biar sahaja aku bayarkan” pemuda warga turki yang berdiri disebelahku  tiba-tiba bersuara ingin menghulurkan pelawaan. Dia berbahasa inggeris fasih.
”aku minta maaf encik, dompetku tiba-tiba sahaja hilang.” jawabku cemas. Menjadi pelancong dengan tidak berduit memang akan mendatangkan banyak masalah. Dalam fikiran, bermacam-macam spekulasi tentang kehilangan dompet telah aku andaikan.
”barangkali ia tercicir. Atau barangkali ada penyeluk saku yang telah mengambilnya. Jangan bimbang saudara, aku akan membantumu” pemuda tersebut tampak tulus dengan ucapannya
Aku cukup sedih dengan kejadian yang menimpaku. Sekalipun seleraku mati, namun aku masih ingin berterima kasih kepada pemuda yang baik hati.
”terima kasih,terima kasih” ujarku dengan senyuman gembira dan bersungguh-sungguh. Sekurang-kurangnya ada manusia yang boleh mengembalikan sinar ke dalam hatiku yang walang ini.

Dia benar-benar pemuda yang ikhlas. Sebelum menyelesaikan urusan pasport, pemuda yang bernama Mehmet ini menyuruhku makan untuk mengalas perut. Kami hanya mengambil tempat disebuah bangku berhadapan laut hitam menghabiskan kebab yang telah dibeli. Bahasa inggerisnya juga fasih. Rupa-rupanya dia merupakan seorang pensyarah sejarah di universiti terkemuka selatan Turki. Katanya, dia ke sini untuk menziarahi keluarganya dan hari ini, urusannya ingin ke Aya Sofea sebuah muzium yang terletak kira-kira 1 km dari sini untuk membuat kajian. Kemudian Mehmet membawaku ke balai polis, kedutaan dan beberapa tempat penting untuk melaporkan kehilangan dompetku. Kehilangan dompetku juga bermakna aku hilang pengenalan diri. Mujur pasportku tidak hilang. Aku cukup berterima kasih kepada Mehmet.

”Noland, aku perlu menunaikan kewajipanku pada Tuhan. Mohon untukmu menungguku sebentar di tempat menunggu di sana” ujarnya dengan seulas senyuman. Aku akur menurut permintaan Mehmet. Ketika ini, dejavu semakin aku rasakan. Aku bagaikan pernah berada disini. Dengan sayup suara seolah-olah notis pemberitahuan waktu bersembahnyang, aku lihat begitu banyaknya manusia berpusu-pusu menuju ke bangunan tempat Mehmet katakan untuk menunaikan kewajipannya. Kagumku tidak terperi. Sistem apakah yang mereka gunakan untuk menyatukan umat manusia?

Lewat petang, setelah urusan ku selesai, Mehmet membawaku ke sebuah novotel sederhana.
”bagaimana aku mahu membayarnya Mehmet, sedangkan aku tidak punya wang?”
Wajah Mehmet berubah langsung
”tanyalah apa sahaja Noland, namun soal memuliakan tetamu jangan kau bangkitkan. Inilah tanggungjawabku sebagai seorang manusia. Membantu manusia yang kesusahan sekalipun bangsa dan agama kita berbeza”
Terus sahaja aku berasa kagum dengan adab seorang pemuda di hadapanku. Dia menguntum senyum. Tahu, dalam riak wajahku berasa kurang senang kerana aku sudah menyusahkannya sepanjang hari ini.
”jangan bimbang Noland, novotel ini novotel milik bapaku” dia senyum penuh ikhlas
Aku terkesima. Bahkan rupanya inilah permulaan bagiku. Di tempat inilah aku banyak belajar mengenai Islam. Yang sebelum ini tidak pernah terlintas difikiranku untuk mengetahuinya.

Mimpi yang sama mengunjungiku dalam lena malam. Kali ini dengan kehadiran seorang lelaki putih bersih. Wajahnya bercahaya. Sinarnya menyebabkan aku terpaksa menahan mata dengan belakang tanganku.
Pagi itu, Mehmet menemuiku. Ada beberapa urusan yang perlu kami selesaikan lagi di kedutaan. Aku berkemungkinan terpaksa meninggalkan bumi Turki tanpa aku sempat menatap tinggalan sejarah kerajaan Uthman dan kesan-kesan kemodenan tinggalan Attartuk. Kerana aku tidak lagi punya wang untuk menampung hidupku di sini. Penerbangan juga mungkin akan di awalkan. Oleh yang demikian, aku berharap kali ini, permintaanku tidak menyusahkan seorang pemuda berpekerti mulia yang baru aku kenali kurang 48 jam yang lalu.

”Mehmet, ajarkan aku tentang Islam”
Pertanyaanku disambut dengan dakapan Mehmet. Matanya bersinar.
”Noland, ini adalah hidayah ALLAH. Jika engkau memohon untuk aku beri penjelasan tentangnya, ya maka aku dengan senang hati. ”
” Aku ingin tahu Mehmet. Kerana aku rasakan hatiku lebih cenderung ke arah itu.”
”sebelum itu Noland, aku tidak memaksamu memeluk agama Islam. Hanya sekadar memenuhi permintaanmu untuk mendalami Islam, maka aku tunaikan. Kerana Islam agama yang sejahtera. Kamu bebas memilih. Namun nasihatku, pilihlah dengan hati dan akalmu”
”baiklah” Hatiku bulat mengiyakan kata-kata Mehmet.

Kegusaranku mengenai tarikh pulang ke negara asalku, Britain telah di urus dengan baik oleh Mehmet. Penerbanganku dijadual lusa, hari Khamis. Aku malah berjanji untuk membayar kembali segala kos-kos yang ditanggungnya sepanjang keberadaanku di sini.
”Tidak Noland, aku tidak akan sesekali menerima wangmu.”
”Mehmet, aku telah banyak menyusahkan urusanmu. Maka selayaknya aku membayar kembali sekembalinya aku ke sana.”
”Noland, kakimu melangkah ke sini, kerana hatimu ingin mencari kebenaran. Justeru, ALLAH mungkin telah memilih aku untuk membantumu dalam jalan menujuNYA. Jangan kau bimbang Noland. Saudaramu masih ada”
Buat kesekelian kalinya aku cukup kagum dengan keperibadian pemuda yang berpegang pada satu anutan yang cukup indah.

Mehmet membawaku bersiar-siar di sebuah taman bertentangan dengan bangunan Aya Sofia atau lebih tepat dalam bahasa turki, Hagia Sofia. Kurang 500 meter di hadapan Hagia Sofia pula berdiri sebuah masjid yang lebih dikenali sebagai Masjid Biru. Khabarnya masjid ini mampu mengubah suhu dalam binaannya bertentangan dengan suhu di kuar binaan. Jika musim panas, suhu dalam masjid akan berubah menjadi sejuk, manakala jika musim dingin, suhu dalam masjid akan berubah menjadi suam.  Katanya lagi, rugi jika aku tidak menikmati halusnya senibina masjid biru. Di kesempatan itulah aku melihat Mehmet memegang senaskhah bahan bacaan dan membacanya.
”Holy Quran?”
Mehmet angguk. Usai pembacaannya, aku bertanyakan beberapa soalan.
”kenapa Bible kamu anggap satu penipuan sedangkan al Quran juga bersumberkan dari sumber yang sama?adakah manusia boleh mengubah kalam Tuhan, sedangkan Tuhan Maha Berkuasa untuk memelihara kalamNYA” Mehmet memandangku dengan segaris senyuman.
”Tuhan Maha Berkuasa memelihara sebarang perkara yang dikehendaki olehNYA, hanya sahaja kau tak terlihatkan. Yang Tuhan pelihara adalah Al-Quran.
”Baik Noland, aku hanya jelaskan yang sedikit sahaja. Sekarang aku mahu menyoalmu. Bagaimana engkau justifikasikan Isa  atau yang kau dakwa sebagai Jesus itu adalah tuhan, sedangkan beliau lahir dari rahim seorang manusia?”
”beliau adalah ruh kudus. Tuhan menghantar zatnya ke dalam rahim Marry. Sudah tentu Jesus adalah Tuhan kerana asal usulnya dari Tuhan” yakin dan bersemangat aku membalas. Mehmet secara langsung menepuk-nepuk pundakku.
”Jika begitu, Jesus adalah separuh manusia dan separuh Tuhan?” Langsung aku terdiam dengan lontaran soalan Mehmet.
”Jika Jesus separuh manusia, bermakna jesus punya kelemahan. Tuhan tidak lemah. Tuhan Maha Berkuasa. Bahkan, apa rasionalnya Tuhan melahirkan generasi-NYA? Adakah Tuhan yang satu itu nanti akan tidak berdaya, akan mati, lantas dia ”melahirkan” jesus dari rahim Marry?”
Lalu Mehmet membacakan kepadaku surah al ikhlas. Dan dalam surah anbia’ ayat yang ke 22 mengatakan jika Tuhan selain Allah, maka hancurlah alam.
”berbalik kepada soalan engkau tadi Noland, benar, Tuhan Maha berkuasa. Dan Tuhan itu Maha Mengetahui.”
”Jika engkau di sebuah organisasi besar,engkau akan dibekalkan sebuah manual atau kod bekerjamu. Kod tersebut akan berubah mengikut tuntutan semasa melihat kepada situasi para pekerja. Begitu juga undang-undang. Jika ada akta dipinda, bermakna, akta lama telah gugur dan tidak boleh dipakai lagi. Undang-undang dipinda atas munasabah tuntutan semasa.”
”Ya, benar”
”Sama halnya dengan al-quran, Injil dan Taurat. Taurat turun dahulu, kemudian Injil dan terakhir adalah Al quran. Ia dipinda mengikut aturan semasa. Justeru, bagi  taurat dan Injil, selama kewafatan baginda Musa dan Isa, penyelewengan dilakukan secara berleluasa, kerana zaman tersebut penguasaan tulisan dan hafalan masih belum meluas. Malah sistem tulisan pun masih belum dibangunkan. Kajilah sejarah mengenai kaum Bani Israel. Ia tidak pernah senang dengan ketetapan yang diberikan. Lihatlah zaman kegelapan Eropah engkau percaya akan kerasulan Muhammad?”
”Tidak Mehmet. Namun aku tahu, Muhammad merupakan manusia paling berpengaruh sekalipun berada pada kurun ke 14. Dalam Injil tidak ada disebutkan”
”juga tidak disebut dalam taurat atau dalam talmud ciptaan yahudi”
Sekali lagi Mehmet bersuara menyambung bicaraku.
”Itulah bukti penyelewengan telah terjadi dalam Injil dan Taurat. Kerasulan Muhammad sebagai Nabi terakhir di kalangan Bani Arab telah dinafikan oleh mereka. Kerana itu dalam al Quran telah disebutkan bahawa al Quran diturunkan menjelaskan semula kandungan taurat dan injil yang telah diselewengkan. Firman Allah dalam surah al baqarah ayat 75 yang bermaksud (apakah kamu berpengharapan, bahawa mereka akan percaya kepadamu, dan sesungguhnya sebahagian mereka mendengar perkataan Allah, kemudian diubahnya sesudah mereka pikirkan, sedang mereka ketahui..) surah Ali imran ayat 78, surah an-nisa’ 46 dan surah maidah ayat 14.  

 Al -quran diturunkan kepada nabi terakhir, Nabi Muhammad. Belum pernah dalam sejarah engkau lihat ada manusia yang mampu mengubah ayat dalam al-quran. Tidak pernah satu makhluk pun yang berjaya. Dari dahulu hingga kini, Al-quran sentiasa dimusuhi. Selalu ditakuti dan selalu ada orang yang iri. Hairannya, mengapa mereka beria-ia mahu menyelewengkan           al quran, namun tidak pernah antara kami mahu menyelewengkan makna-makna  yang terkandung dalam kitab yang kamu imani. Bahkan tidak menyangka kerana ramainya manusia yang membaca al-quran dan menghafaznya. Namun tidak ramai yang membaca injil dan taurat untuk menemukan kebenaran.

Aku masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Mehmet. Ya,kalau diikutkan,mana mungkin aku akan ingkari kepercayaan kepada Injil yang menjadi darah dagingku selama ini. Jelas,ku ajukan persoalan terus kepada Mehmet sekali lagi
”Jika itu yang kau katakan, mana kelemahan yang ada dalam Injil dan Taurat?”

Apa yang kamu dapati dalam injil dan taurat ialah, ada ayat-ayat yang merendahkan kedudukan tauhid dan memaparkan kelemahan Allah. Sedangkan Maha Suci Allah dari segala kelemahan. Dan yang pasti, ada pihak ketiga yang menceritakan sesuatu kejadian. Dimana, ia menjadi tanda tanya kepadamu. Pantas Mehmet mengajakku untuk ke masjid Biru yang dibina diera Kerajaan Uthmaniyyah.  Kedudukannya bertentangan dengan Hagia Sofea, sebuah muzium yang pernah menjadi tapak gereja dan masjid dan akhirnya menjadi sebuah pusat sejarah. Dengan rekabentuk klasik era Uthmaniyyah ini, ia mampu memukau pandangan mata.. Berhadapan dengan Laut Hitam tentu sahaja menambah ketenangan apabila berada di antara dua buah bangunan yang penuh nostalgik.
Senja semakin melabuhkan tirainya. Saat ini air mataku bergenang. Jika Maria masih hidup, mungkin aku tidak akan ke sini lagi. Kerana takdir Tuhan telah memisahkan aku dan Maria dalam dua dimensi berbeza. Maka aku ke sini dalam kembara ku mencari kebenaran tatkala aku menyuarakan mimpiku kepada Maria.
”Mungkin itu satu petunjuk untukmu ke sana” bergema suara manja Maria dalam mindaku, menerobos masa lalu.
Mehmet seraya meletakkan perut tangannya ke atas pundakku.
”Esok penerbanganmu akan dijadualkan pukul 8.45 malam. Aku akan menghantarmu ke Ankara. Dia kulihat tersenyum. Pekertinya mulia.Matanya cukup bersinar tatkala aku menyuarakan ingin mencari kebenaran. Tanpa paksaan, dejavu mimpiku dua tahun lalu membawa aku ke sini atas musabab memori kepada Maria. Lantaran kehilangan dompetku menemukan aku dengan seorang pemuda muslim yang baik hati seperti malaikat.

Senja pun berlabuh di ufuk barat laut hitam. Sama-sama aku dan Mehmet menyaksikan kejadian Tuhan paling agung. Yang tidak pernah gagal mengatur alam tetap berada di orbitnya. Maha Suci Tuhan. Seraya aku memerhatikan kubah Masjid Biru dan kedengaran notis panggilan yang sering aku dengar di bumi liberal penuh kontroversi Attartuck.

”Aku mohon ke sana sebentar”
”Mehmet..” Mehmet seraya menoleh
”Aku mahu menjadi muslim...” Senyuman Mehmet bercahaya dalam senja merah di Istanbul.

Prolog

Senja di istanbul juga menemukan aku dengan Mariam, adik bongsu kepada Mehmet. Seolah-olah aku dilahirkan semula apabila bertemu dengan seorang ”Maria”. , Yang membezakan antara Maria dan Mariam adalah anutan mereka yang berbeda sekali tauhidnya. Aku pandang matanya yang berkilau. Ia umpama bidadari yang turun ke bumi.
”Allah itu indah, dan suka akan keindahan” tuturnya manja sambil mata kami menatap laut hitam yang cukup memukau di hadapan Masjid Biru. Genggaman tangan kami bertaut tanda bahagia.
Mariam anggun dalam balutan pakaian yang menutup auratnya khas untukku. Ia tidak sama sekali dengan  provokasi barat yang mengatakan Islam mendiskriminasi wanita. Tidak sama sekali. Yang mendiskrimasi adalah adat yang ekstrimis dan menyusahkan. Tidak pada Islam. Aku dan Mariam memandang Matahari yang ingin tenggelam di ufuk barat laut hitam sambil lidah kami basah berzikir, Maha Suci Allah yang Menciptakan..

-tamat-



No comments:

Post a Comment