Jun,1999
Kekaguman menyusup dalam bayang-bayang hati. Matanya terus bergerak menuju ke atas
bumbung. Dilihatnya sebuah kubah bangunan yang
mampu memukau pandangan matanya. Ukirannya cukup berseni, halus dan
indah. Namun dia tidak mengerti apakah tulisan itu. Hatta dia tidak faham suatu
apa pun..aneh..dia suka dan gembira. Dengan alunan sebuah lagu yang tidak pasti
mana datangnya. Terus sahaja menikam sukma lelakinya yang gundah.
Dan senja merah telah menebar suatu perasaan tenang
apabila pendangan singgah dalam bangunan itu. Dia mahu berlama di situ..namun dia
sudah terjaga..
“aku tidak tahu maria,apa petanda mimpi itu”
”mirip gerejakah bangunan itu Noland?”
”tidak..aku tidak tahu bangunan apa yang aku
mimpikan.namun saat itu, aku berasa tenang maria. Kalau lah benar bangunan itu
wujud..”
”ya, mungkin kau akan ke sana atas urusan kerja..itu
petandanya..he..he..he” maria berlalu sambil membancuh kopi di pantri. Baginya
setiap manusia punya mimpi yang unik dan tidak sama.
”mungkin..atau harus kau bersedia untuk berita akan
datang Maria, mungkin kau yang akan ke sana” aku tersenyum nipis dan mengatur
langkah meninggalkan maria keseorangan. Maria meneriak memanggilku
”hey, noland, tidak mahu kopi kah?”
Aku terus berjalan kehadapan dengan membuat isyarat
tidak padanya. Sebenarnya, aku mengharap mimpi itu akan singgah dalam tidurku
semula..berharap..
Musim bunga di London cukup mengujakan. Namun
tuntutan tugas sebagai wartawan berita tidak memungkinkan aku untuk terus
memerap di pejabat . aku baru sahaja pulang dari barat amerika, New Orlando
membuat liputan berita mengenai mangsa taufan disana. Petang khamis itu aku
nikmati dengan menulis laporan berita gempa bumi di sana. Hanya berbaki sedikit
tugasku. Kemudian berita akan dihantar ke jabatan editorial secepat mungkin.
Ah, tarikh tempoh sudah makin hampir untuk aku menghantar laporan.Pantas masa
meninggalkanku. Aku menghirup secawan kopi
yang aku kirim dari maria dari Starbuck. Maria yang degil dan kuat bekerja itu
kadangkala membuatku lucu apabila mengenang keletahnya. Aku ketawa sendirian.
Dia merupakan sahabat paling aku percayai, bertugas di bawah satu bumbung
denganku di jabatan berita london, IfPress. Tiba-tiba telefon berdering
”Noland, kau harus lihat berita di channel 3 sekarang!”-klik
Lalu terus gagangnya diletak. Aku menggeleng kepala
sambil mengukir senyum sendiri. maria oh maria. Sepantas itu juga aku menekan
papan kekunci terus ke channel 3. berita apa
agaknya yang maria ingin sampaikan?
Aku terkesima. Oh,
dokumentari Big Brother. Sebuah gempa bumi yang dahsyat bakal berlaku di
Amerika Syarikat. Khabarnya titik sesaran itu benar-benar terlatak disepanjang
longitud Los Angeles! Berita menarik buatku.
Terima kasih maria! Laporan ini semestinya berguna untuk kolum berita ku nanti
Segera aku mendail nombor telefon bimbit maria.
”maria, aku rasa perlu untuk aku menghabiskan wangku
untuk kau di restoran Big City malam ini. kredit untuk kau atas maklumat berita
penting itu!”
Maria ketawa senang hati mendengar ajakanku.
”wow, aku suka tawaran itu noland.he..he..he..yang pasti
aku akan memberi maklumat paling baik buat kau nanti..supaya wang mu itu nanti
akan disalur pada pemilik restoren mahal-mahal disini”
”aku harap doamu tidak akan dimakbulkan” berdesis lagi
kami berkongsi tawa
”ya, jumpa malam ini, Noland. Aku harus mengejar tarikh
tamat tempoh yang telah diberi oleh budak botak, majikan mu..he..he..he”
”hey, budak botak itu juga yang membayar gajimu.jumpa
malam ini” senyumku masih bersisa lagi sehinggakan tetikus ku jatuh di tepi
meja. Aku tunduk sambil memandang jendela,senja merah di kota London ternyata mengingatkan
aku tentang bangunan itu! Oh Tuhan, aku masih berasa kosong saat ini.
Istanbul.
Ogos, 17, 1999
Sejurus maklumat gegaran yang disahkan dari jabatan
geologi turki, aku terus mendapatkan tiket penerbangan ke turki bersama maria
untuk membuat liputan berita tersebut. Kami mengambil penerbangan dua hala dan mendarat di Lapangan Terbang Ankara. Kami tidak boleh mendarat di
Lapangan Terbang Attartuck,Istanbul atas sebab-sebab keselamatan. Gempa itu
terjadi di garis pusat epi yang dinamakan North
Anatolian Fault Zone. Penerbangan yang mengambil masa
selama 10 jam itu membuat aku teruja. Entah..Tidak tahu mengapa. Sedangkan ini
bukanlah pertama kali aku membuat liputan berita mengenai bencana. Padahal aku
telah melihat pelbagai bencana yang memusnahkan. Oh Jesus, selamatkan kami dari bencana yang dahsyat!
”Maria, aku benar-benar gembira apabila Si budak
botak, Encik Hudson menugaskan aku kesini”
Maria memandangku dengan padangan ganjil. Dia
bertanya kenapa
”aku tidak tahu” jawabku ringkas sambil menatap mata
maria.
”ah, aku tahu, kau seperti terasa dekat dengan
bangunan yang kau mimpikan ya?”
Aku mengangkat kening, tanda setuju.
”ya, kau memang calon isteri terhebat pernah aku
temui” Pramugari Turkish Airlines yang sedang bertugas menghidang makanan
tiba-tiba tersenyum apabila mendengar perbualanku dengan Maria.
Maria menampar bahuku dan tertawa malu.
”kau tahu mengapa maria? Kerana kau selalu dapat
membaca isi hatiku.” ujarku sambil tersenyum. Aku tahu dia lucu dengan
kenyataanku. Mungkin engkau calon paling sesuai maria! Sayangnya ia hanya bergema dalam hati
aku yang kosong ini.
”sudah, tumpukan perhatianmu pada bencana di Izmit, ini
Noland, hentikan perkara mengarut itu” jawabnya kembali serius. Aku hanya
tersenyum. Cukuplah kalau engkau sudah berada disisiku, Maria. Aku sudah merasa
bahagia.
Kapal terbang mendarat dengan sempurna di landasan
Lapangan Terbang Ankara pas sebagai seorang wartawan untuk tugas di Istanbul
memberi kami kelebihan tersendiri. Sebuah helikopter akan mengambil kami untuk
tujuan dan objektif yang sama. Merakam bencana dan takziah agar semua rakyat
london boleh mendengar berita Terbaik dari IfPress. Ini kali pertama aku
menjejakkan kaki di Turki. Ia merupakan sebuah negara sekular yang memisahkan
agama dan pentadbiran politiknya. Sama seperti di London. Menurut sumber,
pemerintah yang membawa kemajuan di Turki pada tahun 1906 ialah Kamal Atartuk
sehingga Turki terpisah dengan gelaran Turki Barat dan Turki Asia.
Pantas Kami bergegas menuju bandar Golcuk yang terletak
di barat daya turki dekat dengan istanbul. Seakan
sebuah pulau yang terpisah antara laut Marmara dan Laut Hitam. terdapat
jambatan sepanjang satu kilometer merentasi laut marmara dari Turki.Bertemu
dengan beberapa rakan seperjuangan menggembiranku tentunya. Namun penat yang
masih belum hilang ini membuat kami berdiam lebih dari berbicara. Maria juga
kelihatan penat dan gelisah.
”kau letih maria?”
Maria senyum nipis.
”tidak, kau malah ada untuk membantuku!” ada kembali
menebar pandangan ke bawah pandangan. Cukup sayu melihat bangunan seakan
berserakan, rapuh dan lemah disebabkan gegaran pada 7.4 skala ritcher. Angkanya
kelihatan kecil, namun gegarannya cukup untuk meruntuhkan bangunan besar yang
gah. tiba-tiba Aku terpempan, melihat suatu bangunan yang gah tersergam
dikelilingi sebuah menara. Yang lain semuanya musnah dan menjadi debu.
”Itu apa maria?” aku tudingkan jari.
Sedangkan aku tahu jawapannya..
”masjid Golcuk, rumah ibadat penganut agama islam.”
jawabnya endah tidak endah. Aku semakin mengerti bahawa mimpi itu benar belaka.
Ya itu masjid, rumah ibadat penganut agama islam. Aku tidak pernah mahu tahu
tentang itu sehinggalah aku merasa dejavu ini berlaku ke atas diriku.
Kami mendapatkan maklumat dari KOERI,
sebuah institut yang bertanggungjawab terhadap maklumat gempa yang berlaku di
Turki. Aku lihat Maria lantas menekan papan kekunci komputer ribanya untuk menaip sesuatu.
”Sumber dari Kandilli Observatory
Earthquake& Engineering Institute (KOERI), Bumi attartuk digegarkan dengan gegaran pada
magnitud 6.7 bersamaan dengan 7.4 skala Ritcher pada jam 3.01 pagi waktu
tempatan. Gegaran yang berlangsung
selama 37 saat itu telah menyebabkan beribu-ribu orang kehilangan rumah dan
nyawa. Gempa itu terjadi di atas garis pusat api yang dinamakan North Anatolian Fault Zone yang terletak
tepat di bawah Golcuk. Oleh yang demikian gegaran itu menyebabkan kemusnahan
kota Golcuk malah merebak sepanjang
71 km ke Istanbul. sumber juga
mengesahkan bahawa garis sesaran itu juga menyebabkan geseran antara seismik ke
kawasan adapazari, Timur Turki. Gempa ini merupakan gempa bumi terburuk pernah
direkodkan oleh Turki.”
Anak panah tetikus dihala ke butang ”hantar”. Sejurus
itu, berita sudah sampai ke Ifpress, ontario, London..
”Maria, kau sudah siapkan laporan untuk dihantar pada
Hudson?” aku mengambil kesempatan berbual dengannya usai membuat liputan
mengenai bencana gegaran di turki.
”sudah,malah aku sudah menghantarnya melalui emel”ucap maria
sambil membetulkan rambutnya yang jatuh di dahi.
”bagus, aku sudah mendengar berita dari urusetia, jadual
penerbangan kita terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab keselamatan”
”benarkah?”
”ya, nampaknya kita harus tinggal disini beberapa hari
lagi. Sebentar tadi, aku sudah mendapatkan maklumat mengenai jumlah korban
gempa bumi ini dari jabatan berkenaan. Setakat ini
angka kematian semakin meningkat”
”Oh tuhan, tidak hairanlah apabila aku mendapat tahu
skala gegaran dari ahli seismologi turki tadi di KOERI, aku sudah dapat
mengagak bilangan korban. 7.4 skala ritcher noland! Ia angka yang menakutkan!”
”aku tahu. Bilangan mangsa setakat ini 6000 orang, kita
pasti akan dapat angka terakhir korban sebelum berlepas ke london untuk berita
terkini” maria mengangguk lemah dengan wajah yang mendung. Aku hairan dengan
perubahan ke atas maria.
”mari maria, kau pulang ke hotel
dahulu. Kau kelihatan letih.biar aku sahaja ke balai berita turki malam ini”
”tidak, ini kerja kita bersama. Aku juga
perlu ke sana”
maria tidak mahu. dia berkeras untuk
sama menyertaiku mengemaskini laporan berita. rasa kasihanku mengatasi
kemahuannya. Maria akhirnya akur..Ketika ini aku tidak tahu,rupanya itulah kali
terakhir aku melihat wanita yang aku cintai dalam diam..
Sejurus sahaja aku pulang dari balai berita turki, aku
bergegas ke hotel yang kami tumpangi. Aku tidak fikirkan apa-apa lagi sebaik
sahaja aku tahu runtuhan hotel yang kami diami itu runtuh. Aku hanya memikirkan
maria.! ”Oh jesus, selamatkanlah Maria!”
Air mataku jatuh dan teresak-esak seperti anak kecil di
tengah-tengah himpunan manusia yang cuba menyelamatkan mangsa. Punah. Ranap.
Itu sahaja yang aku lihat. Aku tidak melihat maria lagi. Aku bersalah maria!
Aku bersalah!
Berita kematian maria mengejutkan warga ifpress
tentunya. Bagi mereka, kehilangan maria bermakna kehilangan seorang kakitangan
yang begitu berdedikasi dan cemerlang. Namun bagiku, ia sebuah kehilangan yang
cukup besar. Aku kehilangan separuh dari jiwaku.. dan aku menangis lagi di hadapan laut
marmara dalam malam pekat.
Ogos 15, 2000
Hampir setahun peristiwa yang menggugah perasaanku itu
berlalu. Setiap saat peristiwa itu bukan mudah untuk aku lupakan. Separuh jiwaku
pergi dalam runtuhan bangunan di Izmit, kota Golcuk. Ketika kali terakhir
kakiku melangkah keluar dari lapangan terbang Ankara, bilangan angka korban
sudah pun mencecah 17,000 orang. Dan itu termasuklah Maria!
Sekian lama aku mengumpul kekuatan untuk bangkit
kembali. Aku merenung foto maria yang aku simpan rapi dalam albumku. Mengapa
jesus begitu kejam? Mengapa jesus begitu kejam mengambil nyawa maria ketika aku
belum pun dapat mengungkap rasa hati yang berbunga? Lewat dari mimpi-mimpiku,
aku lazim mendapat mimpi yang sama aku ceritakan pada mendiang Maria. Aku ingin
ke sana semula. Sebulan yang lalu, aku sudah menempah tiket ke istanbul. aku
juga sudah bersiaga memohon cuti sebulan yang lalu.
Ku bulatkan hati, membuang segala sedih yang bersarang.
Aku kira kakiku sudah gagah melangkah ke tempat bersemadinya jasad Maria. Barat
turki yang hancur, sehancur jiwaku ketika membawa hati yang menangis ke London
semula. sehingga kini aku menyalahkan diriku atas kematian Maria. Namun hari
ini, aku mengubah fikiran..
Istanbul, 2001
Negara sekular ini menggunakan matawang Lira. Aku
membeli sebuah peta Turki dari sebuah gedung berhampiran hotel tempatku
menginap. Hari pertama, aku melawat tempat bersemadinya jasad Maria di barat
turki,Izmit. Ketika
membuat liputan di sana 2 tahun lalu, aku tidak punya kesempatan pun menikmati
keindahan turki. Aku sedar negara liberal ini mempertembungkan dua nilai yang
berbeza,satu dari arah barat dan satu dari arah timur. Bahkan, majalah2 lucah
boleh sahaja kita dapati di sepanjang lorong berdekatan pusat pelancongan. Aku tidak berminat hal tersebut. Ada juga rakan sekerjaku mengusik.
”hey noland, jangan lupa singgah di izmir,
menikmati hari kau di sana”
Aku hanya tersenyum. Tahu bahawa izmir yang dimaksudkan
adalah pantai yang memberi peluang-peluang mereka yang datang untuk mempamer
seluruh susuk tubuh.
Aku Cuma mahu mahu menziarahi jasad Maria yang bersemadi
di balik runtuhan Hotel Tashkonak. Dan aku mahu mencari sesuatu dalam Turki.
Bahkan ada yang mentertawakan aku.
”Turki tidak ada bezanya dengan eropah, Noland. Kau
boleh melihat liberalisasi itu di dukung dalam praktis harian mereka. Malah kau
juga mendapati, ia sama halnya dengan Perancis yang menghalang wanita2 menutup
rambutnya. Tidak ada kelainan”
”ya, Turki juga harus berterima kasih pada Kamal
attartuk yang membawa revolusi Turki moden.Ia mengubah semua tatacara Islam selepas
kejatuhan kerajaan Uthmaniyah. Jika engkau perhatikan, tarikh kematian dan
kelahiran Attartuk ,Turki memberi cuti kepada rakyatnya. aku tidak melihat
kelainan yang engkau maksudkan Noland”
Ya, semua suara-suara itu aku sudah mendengarnya secara
saksama. Ia tidak langsung mengubah pendirianku, kalian. Aku cuma mahu mencari
sesuatu selepas keberadaanku di sini 2 tahun yang lalu. Mungkin bukan di
Izmit..Mungkin aku juga harus berubah angin ke Eyup, Konya, Diyarbakir, Aksehir
hatta Erzurum, Trabzon atau Van untuk mencari ketenangan. Aku hanya mahu
berjalan..melihat khazanah tinggalan manusia..
Istanbul
Ia seolah-olah sebuah kembara mencari Tuhan. Aku temukan
sebuah nilai peradaban konservatif penuh kemuliaan. aku meihat banyaknya binaan
rumah ibadat untuk penganut agama Islam di sini. Saat corong-corong menara
melagukan sebuah panggilan yang aku tidak pasti apakah namanya, mereka akan
datang berbondong-bondong. Diriku sekadar memerhati.
Tidak lagi aku ketemukan pertembungan dua nilai timur dan barat di sini.
Cuma satu..panggilan corong-corong itu adalah dejavu kepadaku.
Kios yang membakar daging kambing panggang mengujakan
pandangan, aromanya menyebabkan sarafku merangsang rasa lapar dari perut. Aku
mendekati kios. Terus ku angkat satu jari telunjukku. Mengisyaratkan kepada
peniaga kios bahawa aku ingin membeli satu kebabnya. Berdiri di sebelahku,
seorang pemuda warga turki. Saat kami berpandangan, dia tersenyum melihatku. Mungkin
dengan niat yang sama
”8 Lira” ucap peniaga tersebut. Saat aku menyeluk saku , aku dapati ia
kempis. Dompetku
hilang! Aku menjadi tidak keruan, memunggah semua barang-barang dalam beg.
”tidak mengapa saudara, biar sahaja aku bayarkan” pemuda
warga turki yang berdiri disebelahku tiba-tiba bersuara ingin menghulurkan
pelawaan. Dia berbahasa inggeris fasih.
”aku minta maaf encik, dompetku tiba-tiba sahaja
hilang.” jawabku cemas. Menjadi pelancong dengan tidak berduit memang akan
mendatangkan banyak masalah. Dalam fikiran, bermacam-macam spekulasi tentang
kehilangan dompet telah aku andaikan.
”barangkali ia tercicir. Atau barangkali ada penyeluk
saku yang telah mengambilnya. Jangan bimbang saudara, aku akan membantumu”
pemuda tersebut tampak tulus dengan ucapannya
Aku cukup sedih dengan kejadian yang menimpaku.
Sekalipun seleraku mati, namun aku masih ingin berterima kasih kepada pemuda
yang baik hati.
”terima kasih,terima kasih” ujarku dengan senyuman
gembira dan bersungguh-sungguh. Sekurang-kurangnya ada manusia yang boleh
mengembalikan sinar ke dalam hatiku yang walang ini.
Dia benar-benar pemuda yang ikhlas. Sebelum
menyelesaikan urusan pasport, pemuda yang bernama Mehmet ini menyuruhku makan
untuk mengalas perut. Kami hanya mengambil tempat disebuah bangku berhadapan
laut hitam menghabiskan kebab yang telah dibeli. Bahasa inggerisnya juga fasih.
Rupa-rupanya dia merupakan seorang pensyarah sejarah di universiti terkemuka
selatan Turki. Katanya, dia ke sini untuk menziarahi keluarganya dan hari ini,
urusannya ingin ke Aya Sofea sebuah muzium yang terletak kira-kira 1 km dari
sini untuk membuat kajian. Kemudian Mehmet membawaku ke balai polis, kedutaan
dan beberapa tempat penting untuk melaporkan kehilangan dompetku. Kehilangan
dompetku juga bermakna aku hilang pengenalan diri. Mujur pasportku tidak
hilang. Aku cukup berterima kasih kepada Mehmet.
”Noland, aku perlu menunaikan kewajipanku pada Tuhan.
Mohon untukmu menungguku sebentar di tempat menunggu di sana” ujarnya dengan
seulas senyuman. Aku akur menurut permintaan Mehmet. Ketika ini, dejavu semakin
aku rasakan. Aku bagaikan pernah berada disini. Dengan sayup suara seolah-olah
notis pemberitahuan waktu bersembahnyang, aku lihat begitu banyaknya manusia
berpusu-pusu menuju ke bangunan tempat Mehmet katakan untuk menunaikan
kewajipannya. Kagumku
tidak terperi. Sistem apakah yang mereka gunakan untuk menyatukan umat manusia?
Lewat petang, setelah urusan ku selesai, Mehmet
membawaku ke sebuah novotel sederhana.
”bagaimana aku mahu membayarnya Mehmet, sedangkan aku
tidak punya wang?”
Wajah Mehmet berubah langsung
”tanyalah apa sahaja Noland, namun soal memuliakan
tetamu jangan kau bangkitkan. Inilah tanggungjawabku sebagai seorang manusia.
Membantu manusia yang kesusahan sekalipun bangsa dan agama kita berbeza”
Terus sahaja aku berasa kagum dengan adab seorang pemuda
di hadapanku. Dia menguntum senyum. Tahu, dalam riak wajahku berasa kurang
senang kerana aku sudah menyusahkannya sepanjang hari ini.
”jangan bimbang Noland, novotel ini novotel milik
bapaku” dia senyum penuh ikhlas
Aku terkesima. Bahkan rupanya inilah permulaan bagiku.
Di tempat inilah aku banyak belajar mengenai Islam. Yang sebelum ini tidak
pernah terlintas difikiranku untuk mengetahuinya.
Mimpi yang sama mengunjungiku dalam lena malam. Kali ini
dengan kehadiran seorang lelaki putih bersih. Wajahnya bercahaya. Sinarnya
menyebabkan aku terpaksa menahan mata dengan belakang tanganku.
Pagi itu, Mehmet menemuiku. Ada beberapa urusan yang perlu kami
selesaikan lagi di kedutaan. Aku berkemungkinan terpaksa meninggalkan bumi
Turki tanpa aku sempat menatap tinggalan sejarah kerajaan Uthman dan
kesan-kesan kemodenan tinggalan Attartuk. Kerana aku tidak lagi punya wang
untuk menampung hidupku di sini. Penerbangan juga mungkin akan di awalkan. Oleh
yang demikian, aku berharap kali ini, permintaanku tidak menyusahkan seorang
pemuda berpekerti mulia yang baru aku kenali kurang 48 jam yang lalu.
”Mehmet, ajarkan aku tentang Islam”
Pertanyaanku disambut dengan dakapan Mehmet. Matanya
bersinar.
”Noland, ini adalah hidayah ALLAH. Jika engkau memohon
untuk aku beri penjelasan tentangnya, ya maka aku dengan senang hati. ”
” Aku ingin tahu Mehmet. Kerana aku rasakan hatiku lebih
cenderung ke arah itu.”
”sebelum itu Noland, aku tidak memaksamu memeluk agama
Islam. Hanya sekadar memenuhi permintaanmu untuk mendalami Islam, maka aku
tunaikan. Kerana Islam agama yang sejahtera. Kamu bebas memilih. Namun
nasihatku, pilihlah dengan hati dan akalmu”
”baiklah” Hatiku bulat mengiyakan kata-kata Mehmet.
Kegusaranku mengenai tarikh pulang ke negara asalku,
Britain telah di urus dengan baik oleh Mehmet. Penerbanganku dijadual lusa,
hari Khamis. Aku malah berjanji untuk membayar kembali segala kos-kos yang
ditanggungnya sepanjang keberadaanku di sini.
”Tidak Noland, aku tidak akan sesekali menerima wangmu.”
”Mehmet, aku telah banyak menyusahkan urusanmu. Maka
selayaknya aku membayar kembali sekembalinya aku ke sana.”
”Noland, kakimu melangkah ke sini, kerana hatimu ingin
mencari kebenaran. Justeru, ALLAH mungkin telah memilih aku untuk membantumu
dalam jalan menujuNYA. Jangan kau bimbang Noland. Saudaramu masih ada”
Buat kesekelian kalinya aku cukup kagum dengan
keperibadian pemuda yang berpegang pada satu anutan yang cukup indah.
Mehmet membawaku bersiar-siar di sebuah taman
bertentangan dengan bangunan Aya Sofia atau lebih tepat dalam bahasa turki, Hagia
Sofia. Kurang 500 meter di hadapan Hagia Sofia pula berdiri sebuah masjid yang
lebih dikenali sebagai Masjid Biru. Khabarnya masjid ini mampu mengubah suhu
dalam binaannya bertentangan dengan suhu di kuar binaan. Jika musim panas, suhu
dalam masjid akan berubah menjadi sejuk, manakala jika musim dingin, suhu dalam
masjid akan berubah menjadi suam. Katanya
lagi, rugi jika aku tidak menikmati halusnya senibina masjid biru. Di
kesempatan itulah aku melihat Mehmet memegang senaskhah bahan bacaan dan membacanya.
”Holy Quran?”
Mehmet angguk. Usai pembacaannya, aku bertanyakan
beberapa soalan.
”kenapa Bible kamu anggap satu penipuan sedangkan al Quran
juga bersumberkan dari sumber yang sama?adakah manusia boleh mengubah kalam
Tuhan, sedangkan Tuhan Maha Berkuasa untuk memelihara kalamNYA” Mehmet
memandangku dengan segaris senyuman.
”Tuhan Maha Berkuasa memelihara sebarang perkara yang
dikehendaki olehNYA, hanya sahaja kau tak terlihatkan. Yang Tuhan pelihara
adalah Al-Quran.
”Baik Noland, aku hanya jelaskan yang sedikit sahaja.
Sekarang aku mahu menyoalmu. Bagaimana engkau justifikasikan Isa atau yang kau dakwa sebagai Jesus itu adalah
tuhan, sedangkan beliau lahir dari rahim seorang manusia?”
”beliau adalah ruh kudus. Tuhan menghantar zatnya ke
dalam rahim Marry. Sudah tentu Jesus adalah Tuhan kerana asal usulnya dari
Tuhan” yakin dan bersemangat aku membalas. Mehmet secara langsung menepuk-nepuk
pundakku.
”Jika begitu, Jesus adalah separuh manusia dan separuh
Tuhan?” Langsung aku terdiam dengan lontaran soalan Mehmet.
”Jika Jesus separuh manusia, bermakna jesus punya
kelemahan. Tuhan tidak lemah. Tuhan Maha Berkuasa. Bahkan, apa rasionalnya
Tuhan melahirkan generasi-NYA? Adakah Tuhan yang satu itu nanti akan tidak
berdaya, akan mati, lantas dia ”melahirkan” jesus dari rahim Marry?”
Lalu Mehmet membacakan kepadaku surah al ikhlas. Dan dalam surah anbia’ ayat yang ke 22
mengatakan jika Tuhan selain Allah, maka hancurlah alam.
”berbalik kepada soalan engkau tadi Noland, benar, Tuhan
Maha berkuasa. Dan Tuhan itu Maha Mengetahui.”
”Jika engkau di sebuah organisasi besar,engkau akan
dibekalkan sebuah manual atau kod bekerjamu. Kod tersebut akan berubah mengikut
tuntutan semasa melihat kepada situasi para pekerja. Begitu juga undang-undang.
Jika ada akta dipinda, bermakna, akta lama telah gugur dan tidak boleh dipakai
lagi. Undang-undang dipinda atas munasabah tuntutan semasa.”
”Ya, benar”
”Sama halnya dengan al-quran, Injil dan Taurat. Taurat
turun dahulu, kemudian Injil dan terakhir adalah Al quran. Ia dipinda mengikut
aturan semasa. Justeru, bagi taurat dan
Injil, selama kewafatan baginda Musa dan Isa, penyelewengan dilakukan secara
berleluasa, kerana zaman tersebut penguasaan tulisan dan hafalan masih belum
meluas. Malah sistem tulisan pun masih belum dibangunkan. Kajilah sejarah
mengenai kaum Bani Israel. Ia tidak pernah senang dengan ketetapan yang
diberikan. Lihatlah zaman kegelapan Eropah engkau percaya akan kerasulan
Muhammad?”
”Tidak Mehmet. Namun aku tahu, Muhammad merupakan
manusia paling berpengaruh sekalipun berada pada kurun ke 14. Dalam Injil tidak
ada disebutkan”
”juga tidak disebut dalam taurat atau dalam talmud ciptaan yahudi”
Sekali lagi Mehmet bersuara menyambung bicaraku.
”Itulah bukti penyelewengan telah terjadi dalam Injil
dan Taurat. Kerasulan Muhammad sebagai Nabi terakhir di kalangan Bani Arab
telah dinafikan oleh mereka. Kerana itu dalam al Quran telah disebutkan bahawa
al Quran diturunkan menjelaskan semula kandungan taurat dan injil yang telah
diselewengkan. Firman Allah dalam surah al baqarah ayat 75 yang bermaksud (apakah
kamu berpengharapan, bahawa mereka akan percaya kepadamu, dan sesungguhnya
sebahagian mereka mendengar perkataan Allah, kemudian diubahnya sesudah mereka
pikirkan, sedang mereka ketahui..) surah Ali imran ayat 78, surah an-nisa’
46 dan surah maidah ayat 14.
Al -quran
diturunkan kepada nabi terakhir, Nabi Muhammad. Belum pernah dalam sejarah
engkau lihat ada manusia yang mampu mengubah ayat dalam al-quran. Tidak pernah
satu makhluk pun yang berjaya. Dari dahulu hingga kini, Al-quran sentiasa
dimusuhi. Selalu ditakuti dan selalu ada orang yang iri. Hairannya, mengapa
mereka beria-ia mahu menyelewengkan al quran, namun tidak pernah antara
kami mahu menyelewengkan makna-makna yang terkandung dalam kitab yang kamu imani.
Bahkan tidak menyangka kerana ramainya manusia yang membaca al-quran dan
menghafaznya. Namun tidak ramai yang membaca injil dan taurat untuk menemukan
kebenaran.
Aku masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Mehmet.
Ya,kalau diikutkan,mana mungkin aku akan ingkari kepercayaan kepada Injil yang
menjadi darah dagingku selama ini. Jelas,ku ajukan persoalan terus kepada
Mehmet sekali lagi
”Jika itu yang kau katakan, mana kelemahan yang ada
dalam Injil dan Taurat?”
Apa yang kamu dapati dalam injil dan taurat ialah, ada
ayat-ayat yang merendahkan kedudukan tauhid dan memaparkan kelemahan Allah.
Sedangkan Maha Suci Allah dari segala kelemahan. Dan yang pasti, ada pihak
ketiga yang menceritakan sesuatu kejadian. Dimana, ia menjadi tanda tanya
kepadamu. Pantas Mehmet mengajakku untuk ke
masjid Biru yang dibina diera Kerajaan Uthmaniyyah. Kedudukannya bertentangan dengan Hagia Sofea,
sebuah muzium yang pernah menjadi tapak gereja dan masjid dan akhirnya menjadi
sebuah pusat sejarah. Dengan rekabentuk klasik era Uthmaniyyah
ini, ia mampu memukau pandangan mata.. Berhadapan dengan Laut Hitam
tentu sahaja menambah ketenangan apabila berada di antara dua buah bangunan
yang penuh nostalgik.
Senja semakin melabuhkan tirainya. Saat ini air mataku
bergenang. Jika Maria masih hidup, mungkin aku tidak akan ke sini lagi. Kerana
takdir Tuhan telah memisahkan aku dan Maria dalam dua dimensi berbeza. Maka aku
ke sini dalam kembara ku mencari kebenaran tatkala aku menyuarakan mimpiku
kepada Maria.
”Mungkin itu satu petunjuk untukmu ke sana” bergema
suara manja Maria dalam mindaku, menerobos masa lalu.
Mehmet seraya meletakkan perut tangannya ke atas
pundakku.
”Esok penerbanganmu akan dijadualkan pukul 8.45 malam.
Aku akan menghantarmu ke Ankara. Dia kulihat tersenyum. Pekertinya mulia.Matanya
cukup bersinar tatkala aku menyuarakan ingin mencari kebenaran. Tanpa paksaan,
dejavu mimpiku dua tahun lalu membawa aku ke sini atas musabab memori kepada
Maria. Lantaran kehilangan dompetku menemukan aku dengan seorang pemuda muslim
yang baik hati seperti malaikat.
Senja pun berlabuh di ufuk barat laut hitam. Sama-sama
aku dan Mehmet menyaksikan kejadian Tuhan paling agung. Yang tidak pernah gagal
mengatur alam tetap berada di orbitnya. Maha Suci Tuhan. Seraya aku
memerhatikan kubah Masjid Biru dan kedengaran notis panggilan yang sering aku
dengar di bumi liberal penuh kontroversi Attartuck.
”Aku mohon ke sana sebentar”
”Mehmet..” Mehmet seraya menoleh
”Aku mahu menjadi muslim...” Senyuman Mehmet bercahaya
dalam senja merah di Istanbul.
Prolog
Senja di istanbul juga menemukan aku dengan Mariam, adik
bongsu kepada Mehmet. Seolah-olah aku dilahirkan semula apabila bertemu dengan
seorang ”Maria”. , Yang membezakan antara Maria dan Mariam adalah anutan mereka
yang berbeda sekali tauhidnya. Aku pandang matanya yang berkilau. Ia umpama
bidadari yang turun ke bumi.
”Allah itu indah, dan suka akan keindahan” tuturnya
manja sambil mata kami menatap laut hitam yang cukup memukau di hadapan Masjid
Biru. Genggaman tangan kami bertaut tanda bahagia.
Mariam anggun dalam balutan pakaian yang menutup
auratnya khas untukku. Ia tidak sama sekali dengan provokasi barat yang mengatakan Islam
mendiskriminasi wanita. Tidak sama sekali. Yang mendiskrimasi adalah adat yang
ekstrimis dan menyusahkan. Tidak pada Islam. Aku dan Mariam memandang Matahari
yang ingin tenggelam di ufuk barat laut hitam sambil lidah kami basah berzikir,
Maha Suci Allah yang Menciptakan..
-tamat-
No comments:
Post a Comment