Showing posts with label ibadah. Show all posts
Showing posts with label ibadah. Show all posts

Monday, 10 December 2012

IBADAH ITU MUDAH

Jamak Takdim dan Takhir..

Allah s.w.t itu tidak membebani hamba-Nya walaupun ketika bermusafir..Dia menganugerahkan keringanan dalam beribadah dengan mengurniakan rukhsah dalam solat..Jom kita sambung perbincangan kita tentang solat Jamak Takdim dan  Jamak Takhir...

Apa yang di maksudkan dengan solat Jamak Takdim dan Takhir..? kita lihat perbualan di bawah untuk lebih memahami..



Syarat-syarat Solat Qasar & Jamak

Jamak Takdim : 

a. Dimulakan dengan solat yang waktunya terdahulu iaitu zuhur dan maghrib
b. Berniat jamak dalam solat yang pertama
c. Muwalah ( berturut-turut ) kedua-dua solat tersebut
d. Perjalanan masih berterusan sehingga masuk ke solat kedua

Jamak Takhir :

a. Berniat akan melakukan jamak takhir semasa dalam solat pertama (zuhur/maghrib )
b. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat didirikan 


Syarat Solat Qasar

a. Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal
b. Tidak niat bermukim melebihi empat hari tidak termasuk perjalanan pergi dan balik
c. Tidak berimamkan kepada imam yang sempurna rakaatnya
d. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat qasar



Niat Jamak Taqdim dan Qasar :

i. Solat Zohor dan Asar.

Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala

Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut:

Sengaja aku solat fardu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii. Solat Maghrib dan Isya'

Sengaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala

Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengan niat jamak taqdim zohor-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :

Sengaja aku solat fardu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Niat Jamak Takhir dan Qasar:

i. Solat Zohor dan Asar

Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii. Solat Maghrib dan Isya'

Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat dijamakkan dengan isya' tunai kerana Allah Taala.

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Azan & Iqamah bagi Solat Jamak Qasar

Bila ingin mengerjakan jamak dan qasar, jika ingin azan, maka azannya cukup satu kali saja dan iqamahnya dua kali. Caranya, mula-mula azan, lalu iqamah dan solat. Bila telah selesai ia iqamah sekali lagi untuk solat berikutnya.



wallahu'alam....



MUDAH DENGAN RUKHSAH



Dalam hidup ini, siapa pun tidak pernah lari dari masalah.. Bahkan hidup ini telah diumpamakan oleh sesetengah ahli falsafah sebagai “tempat untuk menyelesaikan masalah”. Justeru, apabila berdepan dengan masalah, segeralah dapatkan kekuatan, kebijaksanaan dan kesabaran untuk menyelesaikannya. Bagaimana? Ya, dengan mengadu kepada Allah yang “memberi” masalah itu!

Allah berfirman ..

$yg•ƒr'¯»tƒ z`ƒÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qãY‹ÏètGó™$# ÎŽö9¢Á9$$Î/ Ío4qn=¢Á9$#ur 4 ¨bÎ) ©!$# yìtB tûïÎŽÉ9»¢Á9$# ÇÊÎÌÈ  


Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar


Ketika itu, jangan hanya dilihat “sebab” tetapi lihatlah pada “penyebab” segala sebab. Insya-Allah, jika kita mengadu dan merayu kepada Allah, Allah pasti akan mendengar dan memberi jalan penyelesaiannya.

Sama ada semua masalah kita akan diselesaikan-Nya ataupun Allah akan menjadikan hati kita tabah dan gagah untuk menghadapinya. Dengan kekuatan itu kita tidak akan terus mengutuk kegelapan, tetapi kita akan terus berusaha mencari cahaya. Kita tidak akan berterusan mengharapkan ikan, tetapi kita akan berusaha sedaya upaya memiliki jorannya!

Tidak hairanlah solat adalah ibadah yang paling penting dan akan ditanya pada ‘Yaumul Ziham’. Ia wajib dilaksanakan mengikut waktu dan cara tertentu..Namun kerana sifat ‘Ar-Rahman’ Allah maka diberikan keringanan kepada hambanya apabila musafir..

 Sabda baginda Nabi S.A.W


إِنَّ اللهَ يحُِبُ أَن تُؤْتَى رُخْصُهُ كَماَ يَكْرَهُ أَن تُؤْتَى مَعْصِيَتُهُ
Maksudnya :

Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan oleh-Nya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepada-Nya (riwayat Ahmad )


Rukhsah solat yang dimaksudkan ialah kemudahan atau keringanan yang diberikan kepada orang yang bermusafir untuk melaksanakan solat dengan cara QASAR dan JAMAK..Seseorang yang bermusafir kesesuatu tempat yang jauh di HARUSkan menunaikan solat fardu secara qasar dan jamak atau kedua-duanya.



Jamak dari segi bahasa bermaksud "himpun" atau "kumpul". dari segi istilah syara' bermaksud menghimpunkan dua solat fardu dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu.

Qasar pula dari segi bahasa bermaksud pendek dan ringkas. Dari segi istilah syara', memendekkan solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat.

Syarat-syarat perjalanan yang di haruskan qasar dan jamak:

1) Tidak bertujuan melakukan maksiat
2) Destinasi yang dituju melebihi 2 marhalah (90 km)
3) Mengetahui destinasi yang dituju


Jadi sebelum dibincang lebih lanjut..marilah kita sama-sama menjaga solat kita agar kelak dimudahkan di alam 'sana'..

Ingatlah, apabila Rasulullah s.a.w. menyuruh Sayidina Bilal r.a. mengumandangkan azan, Baginda akan berkata: “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat.” (Riwayat Ahmad)

sambung....

p/s : setiap hari sebelum tido mesti publish kan..14 hb nak kene bentangkan...go go..