Allah s.w.t itu tidak membebani hamba-Nya walaupun ketika bermusafir..Dia menganugerahkan keringanan dalam beribadah dengan mengurniakan rukhsah dalam solat..Jom kita sambung perbincangan kita tentang solat Jamak Takdim dan Jamak Takhir...
Apa yang di maksudkan dengan solat Jamak Takdim dan Takhir..? kita lihat perbualan di bawah untuk lebih memahami..
Syarat-syarat Solat Qasar & Jamak
Jamak Takdim :
a. Dimulakan dengan solat yang waktunya terdahulu iaitu zuhur dan maghrib
b. Berniat jamak dalam solat yang pertama
c. Muwalah ( berturut-turut ) kedua-dua solat tersebut
d. Perjalanan masih berterusan sehingga masuk ke solat kedua
Jamak Takhir :
a. Berniat akan melakukan jamak takhir semasa dalam solat pertama (zuhur/maghrib )
b. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat didirikan
Syarat Solat Qasar
a. Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal
b. Tidak niat bermukim melebihi empat hari tidak termasuk perjalanan pergi dan balik
c. Tidak berimamkan kepada imam yang sempurna rakaatnya
d. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat qasar
Niat Jamak Taqdim dan Qasar :
i. Solat Zohor dan Asar.
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di
jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas
memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil
wuduk) dan berniat pula seperti berikut:
Sengaja aku solat fardu Asar dua rakaat qasar kerana Allah
Taala
ii. Solat Maghrib dan Isya'
Sengaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat serta di
jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan
jamak taqdim maghrib - isya' sama dengan niat jamak taqdim zohor-asar. setelah
memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
Sengaja aku solat fardu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah
Taala
Niat Jamak Takhir dan Qasar:
i. Solat Zohor dan Asar
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di
jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat
semula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardu Asar dua rakaat qasar kerana Allah
Taala
ii. Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat dijamakkan dengan
isya' tunai kerana Allah Taala.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat
semula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah
Taala
Azan & Iqamah bagi Solat Jamak Qasar
Bila ingin mengerjakan jamak dan qasar, jika ingin azan,
maka azannya cukup satu kali saja dan iqamahnya dua kali. Caranya, mula-mula
azan, lalu iqamah dan solat. Bila telah selesai ia iqamah sekali lagi untuk
solat berikutnya.
wallahu'alam....
No comments:
Post a Comment