Walaubagaimanapun, al-Imam al-Nawawi dan kebanyakan ulama' berpandangan bahawa Sahih al-Imam al-Bukhari adalah kitab hadith yang paling sahih berbanding dengan Sahih al-Imam Muslim.
Atas dasar inilah, menjadi satu kesalahan berat dari sudut ilmu Islam apabila ada individu Muslim yang mempertikaikan kesahihan hadith-hadith yang dimuatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka. Ini kerana al-Ijma' telahpun termetrai bahawa semua hadith yang dinyatakan di dalam kitab Sahih al-Imam Bukhari dan Sahih al-Imam Muslim benar-benar adalah hadith yang pernah diucapakan oleh Rasulullah s.a.w. tanpa ada sebarang kesalahan sebagaimana umat Islam seluruhnya menyakini bahawa seluruh ayat al-Quran al-Karim adalah benar-benar kalam Allah Ta'ala tanpaa ada sebrang syak.
Untuk mengetahui lebih lanjut peribadi tokoh yang terbilang ini..jom kita tengok link ini..
No comments:
Post a Comment