r
عن عبد الله بن عمرو رضي االه عنهما : أن
رجلا سأل النبي
أي
الإسلام خير ؟
قال : ( تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف )
Terjemahan :
Daripada
Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Amr Radiyallah ‘Anhuma bahawasanya seorang lelaki
bertanya
kepada Nabi r
. “ Apakah akhlak Islam yang
terbaik?”. Rasulullah r
menjawab :
“ Kamu memberikan makanan dan kamu
memberikan salam kepada orang yang telah kamu kenali dan kepada orang yang kamu
tidak kenali.”
Keterangan
Hadith :
Hadith
ini menceritakan kepada kita kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang
bertanya kepada Nabi s.a.w. berkenaan dengan perbuatan yang paling terbaik yang
perlu untuk dilaksanakan oleh beliau. Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan ini
dengan menyatakan bahawa perbuatan yang terbaik adalah memberikan makanan
kepada manusia dan memberikan salam kepada manusia sama ada orang yang
diberikan salam tersebut dikenali ataupun tidak dikenali.
Hadith
ini sangat jelas menunjukkan bahawa orang Islam sepatutnya sentiasa menjalinkan
hubungan yang baik sesame manusia dengan membantu mereka yang susah di samping
merapatkan hubungan persaudaraan Islam dengan memberikan salam kepada orang
kita telahpun kenali mahupun kepada individu yang kita tidak kenali. Ini akan
merapatkan lagi silaturrahim sesame manusia.
Pengajaran
hadith :
1.
Ada banyak hadith yang menunjukkan bahwa Rasulullah s.a.w menajawab persoalan
berkenaan dengan amalan yang paling baik. Walau bagaimanapun jawapan yang
diberikan oleh Rasullulah s.a.w adalah berbeza-beza antara satu sama lain.
2.
Ramai di kalangan orang Islam yang jarang ingin mengambil tahu berkenaan dengan
keadaan orang yang hidup susah. Mereka rela untuk menghabiskan wang yang ada
untuk kepentingan peribadi da bermewah-mewah sedangkan ada oang miskin yang
terseksa disebabkan kelaparan dan ketidakcukupan wang.
Ada
dikalangan non muslim yang memeluk Islam dan rela ditekan oleh keluarga asal
mereka. Namun kesengsaraan mereka dalam mempertahankan aqidah Islam tidak
diambil peduli oleh masyarakat melayu Islam khususnya.
Sewajibnya
sikap warga muslim yang tidak mengambil berat terhadap kesengsaraan orang lain
perlu diubah kerana wang dan harta yang dibazirkan untuk kepentingan peribadi
tidak akan kekal sebaliknya wang yang digunakan untuk membantu orang yang susah
dari kalangan orang Islam, saudara baru bahkan dari kalangan non muslim akan
kekal di sisi Allah Taala.
3.
Lafaz salam yang diajarkan oelh Rasulullah s.a.w adalah dengan menggunakan
lafaz yang berbunyi : السلام عليكم . Walaupun begitu. kita juga boleh
menggunakan lafaz
عليكم سلام . Cuma
memberikan salam dengan lafaz yang pertama adalah lebih afdal kerana ia adalah
lafaz salam semasa kita berada di dunia ini sedangkan lafaz salam yang kedua
adalah lafaz salam di syurga Allah Taala nanti seperti mana yang ada dalam
firman Allah Taala dalam surah al-
Ra’d ayat 24 yang berbunyi :
íN»n=y /ä3øn=tæ $yJÎ/ ÷Län÷y9|¹ 4 zN÷èÏYsù Ót<ø)ãã Í#¤$!$# ÇËÍÈ
"Selamat
sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. maka amatlah baiknya
balasan amal kamu di dunia dahulu.
Pun begitu, lafaz salam yang paling sempurna
adalah :
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
4. Rasulullah
s.a.w meminta umat Islam agar memberikan salam kepada mana-mana individu
yang ditemui sama ada orang yang tidak ditemui itu dikenali ataupun tidak.
Apabila seseorang itu sanggup menyampaikan salam kepada mana-mana individu
musli yang tidak dikenalinya, ini adalah satu bukti bahawa salam yang
disampaikannya adalah semata-mata mengaharapkan keredhaan Allah Taala
semata-mata, dan orang yang menyampaikan salam tersebut telahpun mempraktikkan
sikap tawadu’ dan merendah diri sesame muslim.
5. Hadith
ini jelas menunjukkan bahawa manusia seluruhnya sama ada muslim atau non muslim
perlu untuk hidup secara harmoni. Konsep sayang-menyayangi dan mengambil berat
antara satu sama lain sangat jelas terpampang di dalam kalam Rasulullah s.a.w
ini. Oleh itu sikap yang membawa kepada permusuhan adalah sikap yang tidak
patut wujud dalam masyarakat muslim. Islam adalah rahmat kepada manusia dan
kepada alam seluruhnya.
No comments:
Post a Comment