Dalam hidup
ini, siapa pun tidak pernah lari dari masalah.. Bahkan
hidup ini telah diumpamakan oleh sesetengah ahli falsafah sebagai “tempat untuk
menyelesaikan masalah”. Justeru, apabila berdepan dengan masalah, segeralah
dapatkan kekuatan, kebijaksanaan dan kesabaran untuk menyelesaikannya.
Bagaimana? Ya, dengan mengadu kepada Allah yang “memberi” masalah itu!
Allah
berfirman ..
$ygr'¯»t z`Ï%©!$# (#qãZtB#uä (#qãYÏètGó$# Îö9¢Á9$$Î/ Ío4qn=¢Á9$#ur 4
¨bÎ) ©!$# yìtB tûïÎÉ9»¢Á9$# ÇÊÎÌÈ
Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah
pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah
Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya
Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar
Ketika itu, jangan hanya dilihat
“sebab” tetapi lihatlah pada “penyebab” segala sebab. Insya-Allah, jika kita
mengadu dan merayu kepada Allah, Allah pasti akan mendengar dan memberi jalan
penyelesaiannya.
Sama ada semua masalah kita akan
diselesaikan-Nya ataupun Allah akan menjadikan hati kita tabah dan gagah untuk
menghadapinya. Dengan kekuatan itu kita tidak akan terus mengutuk kegelapan,
tetapi kita akan terus berusaha mencari cahaya. Kita tidak akan berterusan
mengharapkan ikan, tetapi kita akan berusaha sedaya upaya memiliki jorannya!
Tidak hairanlah solat adalah ibadah yang paling penting dan akan ditanya
pada ‘Yaumul Ziham’. Ia wajib dilaksanakan mengikut waktu dan cara
tertentu..Namun kerana sifat ‘Ar-Rahman’ Allah maka diberikan keringanan kepada
hambanya apabila musafir..
Sabda baginda Nabi S.A.W
إِنَّ اللهَ يحُِبُ أَن تُؤْتَى رُخْصُهُ كَماَ يَكْرَهُ
أَن تُؤْتَى مَعْصِيَتُهُ
Maksudnya :
Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan)
yang diberikan oleh-Nya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepada-Nya (riwayat Ahmad )
Rukhsah solat yang dimaksudkan ialah kemudahan atau keringanan yang diberikan kepada orang yang bermusafir untuk melaksanakan solat dengan cara QASAR dan JAMAK..Seseorang yang bermusafir kesesuatu tempat yang jauh di HARUSkan menunaikan solat fardu secara qasar dan jamak atau kedua-duanya.
Jamak dari segi bahasa bermaksud "himpun" atau "kumpul". dari segi istilah syara' bermaksud menghimpunkan dua solat fardu dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu.
Qasar pula dari segi bahasa bermaksud pendek dan ringkas. Dari segi istilah syara', memendekkan solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat.
Syarat-syarat perjalanan yang di haruskan qasar dan jamak:
1) Tidak bertujuan melakukan maksiat
2) Destinasi yang dituju melebihi 2 marhalah (90 km)
3) Mengetahui destinasi yang dituju
Jadi sebelum dibincang lebih lanjut..marilah kita sama-sama menjaga solat kita agar kelak dimudahkan di alam 'sana'..
Ingatlah, apabila Rasulullah s.a.w. menyuruh Sayidina Bilal r.a.
mengumandangkan azan, Baginda akan berkata: “Wahai Bilal, rehatkan kami
dengan solat.” (Riwayat Ahmad)
sambung....
p/s : setiap hari sebelum tido mesti publish kan..14 hb nak kene bentangkan...go go..
No comments:
Post a Comment