Showing posts with label Tilawah al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Tilawah al-Quran. Show all posts

Wednesday, 12 December 2012

TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT




Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi… samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.

Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian – ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.

Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan – anak-anak, cita-cita dan harapan – tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir. 

Namun, kita sering terlupa bahawa satu hari kita pasti pergi meninggalkan segalanya yang ada dimuka bumi..samada kita membawa segunung pahala..atapun selautan dosa..renungkanlah..

Orang Bertaqwa....

Orang bertaqwa ialah orang yang melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya...Terdapat banyak sifat orang yang bertaqwa yang dijelaskan dalam al-Quran..Antaranya 

1. Membelanjakan harta di jalan Allah
2. Mengawal diri ketika marah
3. Memaafkan kesalahan orang lain

Segera Bertaubat Apabila Melakukan Dosa

Sifat orang yang bertaqwa sering menginsafi diri dan memperbaiki apabila mereka terlanjur melakukan perkara yang mendatangakn dosa pada diri...


Cara bertaubat & beristighfar..

Antara perkara yang mencetuskan rasa insaf dan ingin bertaubat ialah Berzikir pada Allah..Berzikir kepada Allah ialah mengingati Allah di dalam hati dan menyebut namaNya dengan lidah..Ini dapat melembutkan hati sehingga boleh menitiskan air mata.

Islam telah menggariskan cara bertaubat :

1. Niat

-menyesal atas perbuatan yang dilakukan 
- berazam tidak akan mengulangi dosa yang dilakukan

2. Ucapan

- Beristighfar dengan menyebut nama Allah
- Memohon maaf atas kesalahan terhadap manusia

3. Tindakan 

- meninggalkan perbuatan dosa yang pernah dilakukan 
- mengembalikan hak orang lain yang diambil 
- meningkatkan amalan soleh dan kebaikan



jom layan lagu dulu..



wallahu 'alam....

Thursday, 6 December 2012

ILMU PENYULUH KEHIDUPAN


Minggu ini merupakan minggu yang begitu sibuk bagi diri saya begitu juga rakan-rakan..Kelas dari pagi hingga petang membuatkan badan dan otak terasa begitu penat.Tugasan-tugasan yang diberikan pula harus disiapkan segera. Terkadang rasa seperti ingin berehat dan bersenang-lenang. Berjalan-jalan melihat alam sekeliling..

Begitulah lumrah diri ini yang masih belajar walaupun merangkak-rangkak. Analoginya mudah " lampu isyarat sudah hijau, tetapi kereta di hadapan kita masih tidak bergerak-gerak. Kita hendak marah dengan kelembapannya. Tetapi sebaik sahaja kita melihat pada kereta itu tertera tanda L, kita jadi sejuk dan memaafkan. Oh dia masih belajar memandu.." Maka begitulah kita harapkan semasa belajar ini. Kita harapkan Allah ampunkan kita jika kita berterusan belajar. Ibadah kita banyak lagi kecacatan dan kekurangannya, tetapi apabila kita berterusan belajar, semoge Allah memaafkan kita. Contohnya, solat yang kita dirikan selama ini, siapa yang berani menjamin semuanya sudah sempurna? semuanya sudah tepat sieperti solat nabi? Tidak ada siapa yang berani. Lalu apa jalan keluarnya? Ya, dengan berterusan belajar. Insya-Allah, Tuhan akan ampunkan kita sekiranyakita masih belajar solat. 

Benarlah, seorang dikira sampai ke tahap ilmu yang sempurna apabila dia terus belajar. Rasa tidak berilmu ialah sifat utama orang berilmu. Semakin kita belajar, terasa semakin banyak perkara yang tidak kita ketahui. Inilah sifat sejati orang berilmu. Lihatlah imam-imam besar bertahap mujtahid yang berterusan belajar tepat seperti yang sering diungkapkan, tuntulah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad.

Walau sebanyak mana pun ilmu yang telah digali oleh manusia, hakikatnya masih sekelumit dibandingkan dengan ilmu Allah yang melangit, Justeru sebanyak mana pun dan setinggi mana pun ilmu yang dimiliki seseorang, dia sewajarnya terus merendahkan diri kepada Allah. Di antara tanda orang yang merendahkan diri dengan Allah itu, dia juga merendah diri sesama manusia. Justeru, jika terdapat ahli ilmu yang sombong, dia hakikatnya bukan ilmuwan tetapi hanya seorang hina dari kelas bawahan!

Bergaulah dengan ahli ilmu yang sebenar, kiat akan terasa tenang dengan kerendahan hatinya. Tutur kata dan tingkah lakunya sangat menyenangkan. Semakin tinggi pula penghormatannya kepada manusia lain. Ketangkasannya dalam berfikir disepadukan dengan  kelembutan hatinya dalam berzikir.

Imam Syafie pernah berkata " Sesiapa yang inginkan dunia, dia mestilah mempunyai ILMU, sesiapa yang inginkan akhirat, dia mestilah mempunyai ILMU, sesiapa yang inginkan kedua-duanya maka hendaklah dia mempunyai ILMU "



 Nabi Muhammad S.A.W bersabda :


طلب العلم فريضة على كل مسلم 


Maksudnya : Menuntut Ilmu difardukan kepada setiap muslim


Antara ciri-ciri orang berilmu ialah :

1. Iklhas
2. Tawaduk
3. Beramal dengan Ilmu
4. Berkeyakinan diri
5. Menyebarkan Ilmu
6. Menyelesaikan masalah


Kini semakin ramai orang yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi dan kepetahan berkata-kata yang sangat memukau. Namun, kita masih kekurangan orang yang mempunyai ketinggian budi dan kehalusan pekerti. Oleh kerana itu para ilmuwan kini kebanyakannya hanya mampu mengumpulkan peminat, bukan pengikut. Kata-katanya hanya menjadi hiburan penyedap pendengaran, kurang diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan yang membawa penyelesaian.

Betapa Tok guru dahulu, hidupnya sederhana tetapi terlalu kaya dengan karisma dan wibawa. Orang sanggup mati kerananya. Kata-katanya diikuti dari hati, bukan sekadar ambil hati. Apa rahsianya? People dont care how much you know, untill they know how much you care – manusia tidak peduli sejauh mana pengetahuan anda, sehingga mereka tahu sejauh mana anda ambil peduli!

Ya, ulama-ulama dahulu bukan hanya mewarisi ilmu para nabi tetapi yang paling utama mereka mewarisi ‘hati’ para nabi. Sifat-sifat mahmudahnya begitu ketara. Jika mereka berbicara, pasti disebut kelebihan-kelebihan guru-guru mereka sebelumnya. Jatuh pena di tangan, tidak akan diletakannya di atas kitab atau Al Quran. Jangan ada sesuatu yang diletakkan lebih tinggi daripada Al Quran dan Al Hadis… Bukan sahaja di dalam hati, bahkan daripada segi kedudukan fizikalnya.

   
  Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud: 


 dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.




Semoga kita semua sentiasa berusaha untuk mencari Ilmu walaupun banyak dugaan dan cabaran yang akan ditempuhi..

wallahu'alam...