Monday 10 December 2012

IBADAH ITU MUDAH

Jamak Takdim dan Takhir..

Allah s.w.t itu tidak membebani hamba-Nya walaupun ketika bermusafir..Dia menganugerahkan keringanan dalam beribadah dengan mengurniakan rukhsah dalam solat..Jom kita sambung perbincangan kita tentang solat Jamak Takdim dan  Jamak Takhir...

Apa yang di maksudkan dengan solat Jamak Takdim dan Takhir..? kita lihat perbualan di bawah untuk lebih memahami..



Syarat-syarat Solat Qasar & Jamak

Jamak Takdim : 

a. Dimulakan dengan solat yang waktunya terdahulu iaitu zuhur dan maghrib
b. Berniat jamak dalam solat yang pertama
c. Muwalah ( berturut-turut ) kedua-dua solat tersebut
d. Perjalanan masih berterusan sehingga masuk ke solat kedua

Jamak Takhir :

a. Berniat akan melakukan jamak takhir semasa dalam solat pertama (zuhur/maghrib )
b. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat didirikan 


Syarat Solat Qasar

a. Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal
b. Tidak niat bermukim melebihi empat hari tidak termasuk perjalanan pergi dan balik
c. Tidak berimamkan kepada imam yang sempurna rakaatnya
d. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat qasar



Niat Jamak Taqdim dan Qasar :

i. Solat Zohor dan Asar.

Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala

Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut:

Sengaja aku solat fardu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii. Solat Maghrib dan Isya'

Sengaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala

Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengan niat jamak taqdim zohor-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :

Sengaja aku solat fardu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Niat Jamak Takhir dan Qasar:

i. Solat Zohor dan Asar

Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

ii. Solat Maghrib dan Isya'

Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat dijamakkan dengan isya' tunai kerana Allah Taala.

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Azan & Iqamah bagi Solat Jamak Qasar

Bila ingin mengerjakan jamak dan qasar, jika ingin azan, maka azannya cukup satu kali saja dan iqamahnya dua kali. Caranya, mula-mula azan, lalu iqamah dan solat. Bila telah selesai ia iqamah sekali lagi untuk solat berikutnya.



wallahu'alam....



No comments:

Post a Comment