Friday 7 December 2012

SEDEKAH MENAMBAH BARAKAH



Hari jumaat makin melabuhkan tirainya..Menjadi rutin harian balik sahaja dari kelas, kami terus singgah ke kedai Hafiz Tom Yam..petang ini, sambil makan di pasang video Ust Azhar Idrus..Aku rasa satu Malaysia sudah mengenali dengan ketokohan ust popular ini..Kebetulan video yang dipaparkan menceritakan tentang kelebihan orang yang bersedekah..
berbetulan dengan hari Jumaat yang mulia ini, kita sebagai umat Islam memang sangat-sangat digalakkan untuk bersedekah pada hari ini..Jom kita lihat apa sebenarnya maksud sedekah dalam Islam..

SEDEKAH ialah memberi sesuatu yang bernilai kepada orang yang memerlukan. Sedekah bukan hanya memberi bantuan kebendaan seperti harta atau wang ringgit, tetapi merangkumi amalan-amalan yang memberi manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.



Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda : "Pada setiap waktu pagi dan petang, dua malaikat akan turun kepada seorang hamba lalu salah satu dari malaikat itu berkata :
" Ya Allah! berikanlah orang yang mengeluarkan nafkah (sedekah) suatu gantian. "Kemudian berkata malaikat yang lain, " Ya Allah! berilah kepada orang yang menahan diri daripada mengeluarkan nafkah (sedekah) akan kebinasaan. 


(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim )

Daripada Hakim bin Nizam r.a, Nabi s.a.w. bersabda" sedekah yang afdhal adalah daripada lebihan keperluan. Tangan yang diatas (adalah yang memberi ) lebih baik dari tangan yang dibawah ( tangan yang menerima )
( Hadis Riwayat Muslim )


Untuk memberi, kita mesti memiliki dan untuk memiliki kita mesti mencari. Mencari, memiliki dan memberi – adalah tiga jalan untuk mendapat kecintaan Allah dengan memberikan kasih sayang sesama manusia.

Namun, itu mudah dari segi ilmunya… apabila tiba pada tahap melaksanakannya, kita pasti teruji. Kerana mencari, memiliki dan memberi sering terusik ketertibannya.

Sering kita dituntut untuk memberi sebelum memiliki. Adakalanya, baru berusaha… sudah ditagih oleh yang meminta


Di dalam bersedekah kita amat dituntut untuk memberi sedekah benda yang masih elok, jika tidak mampu maka doa sudah cukup untuk dijadikan sedekah didalam hidup..Sebenarnya terlalu banyk perkara yang boleh disedekahkan dalam hidup ini..Cukuplah dengan berkata perkara yang baik..itu pun sudah memadai..Contohnya andai kata kita bertembung dengan kawan-kawan yang kenal atau tidak kita kenali, maka ucapan salam amat digalakkan..Ini juga merupakan sedekah di dalam Islam..

 Di dalam bersedekah terdapat beberapa adab yang perlu ada :

1- Memberi dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan
2- Berusaha menyembunyikan pemberian itu daripada pengetahuan orang ramai kecuali dengan tujuan untuk dicontohi
3- Tidak mengungkit-ungkit sedekah yang diberikan 
4- Menunjukkan muka yang manis semasa menghulurkan sedekah
5- Bersedekah dari sumber yang halal dan benda yang terbaik


Namun, ajal maut di tangan Tuhan. Jangan tunggu berharta untuk berjasa. Jangan nanti sampai benar-benar memiliki baru hendak memberi. Bahagia itu pada ketenangan, kejayaan itu pada kebenaran. Sampaikanlah kebenaran untuk mendapat kebahagiaan. Yang sedikit, akan membukit apabila diberi dengan keikhlasan. Yang seraut akan melaut apabila dicari dengan niat untuk memberi. Ya Allah, tidak akan berkurangan orang yang memberi keranaMU. Apa yang aku dan kita semua alami sekarang hanyalah ujian dalam memberi… apakah kita mampu memberi semasa sedang mencari, sebelum benar-benar memiliki!

Jangan tunggu berkuasa untuk berjasa, Jangan tunggu berharta untuk berbakti kepada yang derita. Pada hari Jumaat ini terimalah bingkisan ini seadanya. Bukan emas gemerlapan.. dariku cuma PERINGATAN...



No comments:

Post a Comment