Thursday 13 December 2012

SEBARKANLAH SALAM




r      عن عبد الله بن عمرو رضي االه عنهما : أن رجلا سأل النبي
أي الإسلام خير ؟ 
قال : ( تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف ) 
  
Terjemahan :

Daripada Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Amr Radiyallah ‘Anhuma bahawasanya seorang lelaki bertanya
 kepada Nabi r . “ Apakah akhlak Islam yang terbaik?”. Rasulullah  r menjawab :

“ Kamu memberikan makanan dan kamu memberikan salam kepada orang yang telah kamu kenali dan kepada orang yang kamu tidak kenali.”

Keterangan Hadith :


Hadith ini menceritakan kepada kita kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bertanya kepada Nabi s.a.w. berkenaan dengan perbuatan yang paling terbaik yang perlu untuk dilaksanakan oleh beliau. Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan ini dengan menyatakan bahawa perbuatan yang terbaik adalah memberikan makanan kepada manusia dan memberikan salam kepada manusia sama ada orang yang diberikan salam tersebut dikenali ataupun tidak dikenali.

Hadith ini sangat jelas menunjukkan bahawa orang Islam sepatutnya sentiasa menjalinkan hubungan yang baik sesame manusia dengan membantu mereka yang susah di samping merapatkan hubungan persaudaraan Islam dengan memberikan salam kepada orang kita telahpun kenali mahupun kepada individu yang kita tidak kenali. Ini akan merapatkan lagi silaturrahim sesame manusia.

Pengajaran hadith :

1. Ada banyak hadith yang menunjukkan bahwa Rasulullah s.a.w menajawab persoalan berkenaan dengan amalan yang paling baik. Walau bagaimanapun jawapan yang diberikan oleh Rasullulah s.a.w adalah berbeza-beza antara satu sama lain.

2. Ramai di kalangan orang Islam yang jarang ingin mengambil tahu berkenaan dengan keadaan orang yang hidup susah. Mereka rela untuk menghabiskan wang yang ada untuk kepentingan peribadi da bermewah-mewah sedangkan ada oang miskin yang terseksa disebabkan kelaparan dan ketidakcukupan wang.

Ada dikalangan non muslim yang memeluk Islam dan rela ditekan oleh keluarga asal mereka. Namun kesengsaraan mereka dalam mempertahankan aqidah Islam tidak diambil peduli oleh masyarakat melayu Islam khususnya.

Sewajibnya sikap warga muslim yang tidak mengambil berat terhadap kesengsaraan orang lain perlu diubah kerana wang dan harta yang dibazirkan untuk kepentingan peribadi tidak akan kekal sebaliknya wang yang digunakan untuk membantu orang yang susah dari kalangan orang Islam, saudara baru bahkan dari kalangan non muslim akan kekal di sisi Allah Taala.

3. Lafaz salam yang diajarkan oelh Rasulullah s.a.w adalah dengan menggunakan lafaz yang berbunyi : السلام عليكم   . Walaupun begitu. kita juga boleh menggunakan lafaz
عليكم  سلام . Cuma memberikan salam dengan lafaz yang pertama adalah lebih afdal kerana ia adalah lafaz salam semasa kita berada di dunia ini sedangkan lafaz salam yang kedua adalah lafaz salam di syurga Allah Taala nanti seperti mana yang ada dalam firman Allah Taala dalam surah al-


Ra’d ayat 24 yang berbunyi :

íN»n=y /ä3øn=tæ $yJÎ/ ÷Län÷Žy9|¹ 4 zN÷èÏYsù Ót<ø)ãã Í#¤$!$# ÇËÍÈ  


"Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. maka amatlah baiknya 

balasan amal kamu di dunia dahulu.


Pun begitu, lafaz salam yang paling sempurna adalah :

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


4.  Rasulullah  s.a.w meminta umat Islam agar memberikan salam kepada mana-mana individu yang ditemui sama ada orang yang tidak ditemui itu dikenali ataupun tidak. Apabila seseorang itu sanggup menyampaikan salam kepada mana-mana individu musli yang tidak dikenalinya, ini adalah satu bukti bahawa salam yang disampaikannya adalah semata-mata mengaharapkan keredhaan Allah Taala semata-mata, dan orang yang menyampaikan salam tersebut telahpun mempraktikkan sikap tawadu’ dan merendah diri sesame muslim. 


5. Hadith ini jelas menunjukkan bahawa manusia seluruhnya sama ada muslim atau non muslim perlu untuk hidup secara harmoni. Konsep sayang-menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain sangat jelas terpampang di dalam kalam Rasulullah s.a.w ini. Oleh itu sikap yang membawa kepada permusuhan adalah sikap yang tidak patut wujud dalam masyarakat muslim. Islam adalah rahmat kepada manusia dan kepada alam seluruhnya.



No comments:

Post a Comment