Sunday 9 December 2012

TOKOH SEJARAH

Al-Imam Al-Bukhari .......


Gemencheh 9 Disember 2012, dalam menikmati suasana hujan yang damai, sambil menikmati kopi, fikiran melayang memikirkan apa yang ingin dikongsikan, teringat ketika membaca buku silsilah hadith -hadith terpilih, seorang tokoh yang terbilang dalam ilmu hadith..Beliau ialah al-Imam al-Bukhari. Al-Imam Nawawi menyatakan bahawa para ulama' seluruhnya telah bersepakat bahawa Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah dua kitab yang paling sahih selepas al-Quran al-Karim berbanding dengan kitab-kitab hadith yang lain .

Walaubagaimanapun, al-Imam al-Nawawi dan kebanyakan ulama' berpandangan bahawa Sahih al-Imam al-Bukhari adalah kitab hadith yang paling sahih berbanding dengan Sahih al-Imam Muslim.

Atas dasar inilah, menjadi satu kesalahan berat dari sudut ilmu Islam apabila ada individu Muslim yang mempertikaikan kesahihan hadith-hadith yang dimuatkan oleh al-Imam al-Bukhari  dan al-Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka. Ini kerana al-Ijma' telahpun termetrai bahawa semua hadith  yang dinyatakan di dalam kitab Sahih al-Imam Bukhari dan Sahih al-Imam Muslim benar-benar adalah hadith yang pernah diucapakan oleh Rasulullah s.a.w. tanpa ada sebarang kesalahan sebagaimana umat Islam seluruhnya menyakini bahawa seluruh ayat al-Quran al-Karim adalah benar-benar  kalam Allah Ta'ala tanpaa ada sebrang syak.

Untuk mengetahui lebih lanjut peribadi tokoh yang terbilang ini..jom kita tengok link ini..

No comments:

Post a Comment